Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

IKATAN tanding tujuh kerusi di Negeri Sembilan

30 DIS: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dijangka bertanding di tujuh kerusi DUN di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-14, manakala baki 29 kerusi ditandingi PAS.

Pada masa sama, PAS Negeri Sembilan akan bertanding di semua lapan kerusi Parlimen di negeri itu.

“Calon-calon kita telah hantar kepada pusat,” kata Pesuruhjaya  PAS negeri, Mustafa Daharun yang dipetik dari portal berita.

PAS dan IKATAN yang diterajui bekas menteri penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir membentuk gabungan Gagasan Sejahtera bersama BERJASA serta Parti Harapan Malaysia yang dipercayai diasaskan selepas Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat dari PKR.

Pada PRU-13, BN Negeri Sembilan memenangi 22 kerusi DUN, DAP (11) dan PKR (3), manakala BN turut memenangi lima kerusi Parlimen, DAP (2) dan PKR (1).

Tambah Mustaffa PAS akan membariskan gandingan calon muda dan lama pada PRU-14, dan Ikatan dijangka meletakkan calon orang bukan Islam.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 December 2017 6:37 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: