Kategori Berita Utama

Ilmu kunci cabaran komuniti ASEAN

13 FEB : Rakyat diingatkan agar melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang relevan dan sesuai dengan keadaan semasa seiring pembentukan Komuniti ASEAN akhir tahun ini.

“Ke arah keserantauan iaitu Komuniti ASEAN di mana kadar tarif antara negara diturunkan dan negara kita perlu bekerjasama dan dalam masa yang sama perlu bersaing dengan negara lain.

KB07_100613_TILAWAH“Siapa yang tidak mampu bersaing akan tewas dan ketinggalan dan kita tidak mampu menahan kemajuan. Oleh itu kita tiada pilihan tetapi kena menghadapi persekitaran ini dengan menguasai ilmu yang relevan,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis sambutan ulang tahun ke-15 Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dan Anugerah Guru Bestari 2015, Khamis malam.

Turut hadir, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Pengerusi YPC Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Menurut Najib, ilmu pengetahuan adalah kunci utama yang perlu dikuasai rakyat selain memiliki akhlak tinggi dan nilai-nilai murni dalam pembentukan sesebuah tamadun yang bangsanya maju.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan Anugerah Guru Bestari, Anugerah Pembangunan Pendidikan, Anugerah Kepimpinan dan Anugerah Khas Pengerusi YPC kepada 45 individu terpilih selain empat buah sekolah menerima anugerah khas Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 February 2015 3:53 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: