Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Iman Masjid Al-Aqsa beri penghargaan kepada PM

15 APRIL: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima surat penghargaan di atas segala sokongan berterusan kerajaan serta rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Surat penghargaan berkenaan disampaikan oleh Imam Besar Masjid Al-Aqsa  yang juga bekas Mufti Pa­lestin, Sheikh Ekrima Saed Sabri di Putrajaya, semalam.

Najib berkata, Masjid Al-Aqsa merupakan lambang pe­nyatuan bersama dalam isu akidah dan kemanusiaan.

“Saya ingin mengajak seluruh rakyat bersatu tanpa kira latar belakang, fahaman dan warna kulit dalam usaha membebaskan Masjid Al-Aqsa dan Palestin daripada cengkaman zionis,” katanya ketika merasmikan sambutan Israk Mikraj Peringkat Kebangsaan 1439/2018M.

Dalam pada itu, Sheikh Ekrim berkata pihaknya menghargai bantuan berterusan kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap pembebasan tanah Palestin daripada rejim Zionis.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 April 2018 10:33 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: