Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Iman Palestin ditembak 10 das

21 APRIL: Seorang imam dipercayai warga Palestin ditembak mati di kawasan pejalan kaki di luar sebuah kondominium di Setapak ketika berjalan menuju ke surau untuk menunaikan solat Subuh awal pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian mangsa berketurunan Arab berusia 35 tahun yang dipercayai ditembak oleh dua lelaki yang menaiki motosikal.

“Dalam kejadian jam 6 pagi itu, siasatan awal mendapati suspek menaiki motosikal dan melepaskan lebih 10 das tembakan.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat empat kesan tembakan dikesan pada badan lelaki itu yang disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya lagi.

Kata Mazlan, mangsa yang juga seorang pensyarah di sebuah universiti swasta sudah berkahwin dan tinggal di kondominium berkenaan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 April 2018 12:17 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: