Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Imej tercalar, PAS desak Ambiga buat penjelasan

31 OKT: PAS mendesak bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S.Ambiga membuat penjelasan susulan pendedahan beliau terlibat memberi maklumat palsu kepada Sarawak Report.

Naib Presiden PAS Idris Ahmad membidas Ambiga yang telah bersekongkol dengan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown untuk menfitnah parti itu menerima dana kira-kira RM200 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Sekiranya benar, beliau perlu meminta maaf kerana telah menyebabkan imej PAS tercalar dengan fitnah tersebut.

“Ambiga kena beritahu. Kalau betul dia kena minta maaf.

“Sebagai peguam dan pejuang integriti dan soal kebenaran dan pilihan raya umum bersih kenapa tiba-tiba jadi macam ini,” ujarnya ketika ditemui di perkarangan Bangunan Parlimen, pada Selasa.

 

Semalam dilaporkan, Clare dalam sebahagian daripada pembelaannya terhadap saman oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menamakan Ambiga sebagai sumber beritanya.

Clare sebelum ini menuduh wang berjumlah melebihi RM200 juta itu dipindahkan kepada bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa sejak 2014 dan wang itu dikatakan digunakan untuk membiayai sebuah kumpulan dalam PAS.

Clare juga mendakwa, beliau telah bercakap dengan Ambiga pada Julai 2016 berhubung perkara berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Najib dan PAS.

“Ia satu perkara amat mendukacitakan seperti tak sepatutnya Clare ambil dapatan dari sumber tak betul. Kalau aspek kewangan boleh trace dari transaksi wang ini masuk macam mana.

“Itu hanya untuk persepsi jahatnya terhadap PAS, Clare yang sekadar menceduk khabar angin yang dibekalkan oleh Ambiga semata-mata untuk membuat tuduhan liar kepada Pas,” selar Idris.

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Datuk Khairuddin Aman Razali turut sependapat mendesak Ambiga memberi maklum balas dengan segera mengenai kenyataan Rewcastle-Brown itu kerana ia telah merosakkan imej parti Islam itu.

“Ambiga kena respon, dalam penyata Clare, sumbernya adalah Ambiga sahaja dari dengar cakap sedangkan sebelum ini PAS telah dizalimi dengan fitnah begitu besar, ia merosakkan imej PAS.

“Ambiga sebagai peguam kena respon segera, di mana sumber Ambiga, adakah ia suatu andaian ataupun ada sumber yang tepat,” kata Ahli Parlimen Kuala Nerus itu ketika ditemui di lobi Bangunan Parlimen hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 31 October 2017 6:57 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: