Kategori Analisa Isu Semasa

IMPLIKASI ‘KAJANG MOVE’ CIPTAAN RAFIZI DAN BAYANGAN ERDOGAN

21 MAC :Recep Erdogan antara pemimpin dunia kerap dirujuk atau dijadikan inspirasi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam gerakan politik mereka.

Mungkin kerana itu juga, kumpulan profesional dalam PAS yang menyokong Anwar  dikenali sebagai kumpulan Erdogan sempena nama Perdana Menteri Turki itu.

Terakhir Rafizi yang juga ahli parlimen Ampang mengaitkan Erdogan ketika mendedahkan strategi atau ‘Kajang Move’.

Strategi itu dengan peletakan jawatan Adun PKR Kajang Lee Chin Cheh dan memberi laluan kepada Anwar  bertanding.

Kononnya, itu strategi mendekatkan cita-cita pembangkang ke Putrajaya.

rafizianwar

Anwar dan Rafizi kerap merujuk Erdogan atau Turki dalam gerakan politik PKR di negara ini

Cukup bangga Rafizi menyatakan beliau yang mengilhamkan strategi supaya Ketua Pembangkang itu bertanding di DUN Kajang.

Alasan beliau ketika itu, ianya mengambil inspirasi daripada  rdogan yang memulakan kerjaya politiknya sebagai Datuk Bandar Istanbul atau Joko Widodo, Datuk Bandar Solo, yang bakal muncul sebagai calon popular Presiden Republik Indonesia.

Bagaimanapun, ‘Kajang Move’ mula senyap walaupun pengundi-pengundi di kawasan itu hanya akan mengundi Ahad selepas tempat Anwar digantikan dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Mungkin keputusan Mahkamah yang mensabitkan Anwar dengan hukuman lima tahun penjara kerana kesalahan meliwat sekaligus menyebabkan beliau hilang kelayakan bertanding punca strategi itu hanya tinggal strategi.

Atau mungkin juga kerana kenyataan-kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim kebelakangan ini yang menggambarlkan beliau akan terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Atas apa alasan pun sama ada ;Kajang Move’ berjaya atau tidak, Anwar dan Rafizi akan terus merujuk Erdogan sebagai tokoh inspirasi tindakan mereka mahupun parti pembangkang khususnya PKR.

Terbaru, Recep Tayyip Erdogan menyekat Twitter di Turki hanya beberapa jam selepas Perdana Menteri  itu memberi amaran untuk “menghapuskan” rangkaian sosial itu serta beberapa rangkaian lain yang mendedahkan dakwaan penyelewengan terhadap beberapa pemimpin kanannya.

erdogan

Erdogan…sekat Twitter di Turki

Agensi berita Anatolia melaporkan pihak berkuasa “secara teknikal menyekat akses kepada Twitter” kerana perkhidmatan itu tidak menghiraukan beberapa arahan mahkamah untuk membuang sebahagian pautan yang disifatkan melanggar undang-undang.

Twitter dalam reaksinya melalui akaun rasmi @policy berkata rakyat Turki boleh melepasi sekatan itu dengan menggunakan perkhidmatan teks telefon mudah alih.

Dalam reaksi awal, pesuruhjaya Kesatuan Eropah bagi agenda digital, Neelie Kroes, melalui Twitter berkata sekatan Turki itu “tidak berasas, tiada makna dan tindakan pengecut”.

Beliau menambah “rakyat Turki dan masyarakat antarabangsa boleh melihat tindakan ini sebagai penapisan. Inilah dia.”

Sekatan akses kepada Twitter dibuat selepas Erdogan memberitahu satu rapat umum menjelang pilihan raya kerajaan tempatan pada 30 Mac ini bahawa beliau akan menyekat akses kepada Twitter di Turki.

“Kita akan hapuskan Twitter. Saya tidak peduli apa yang masyarakat antarabangsa akan kata,” katanya seperti dilaporkan Agensi.
Erdogan berdepan tekanan selepas rakaman audio yang mengaitkan beliau dengan skandal rasuah tersebar melalui rangkaian media sosial.

Rakaman itu termasuk satu perbincangan antara Erdogan dengan anaknya tentang menyembunyikan dana serta dengan beberapa orang yang lain yang membayangkan beliau campur tangan dalam urusan perniagaan, kes mahkamah dan liputan media.
Antara maklumat yang mencemarkan namanya daripada sebuah akaun Twitter di bawah nama Haramzadeler yang kelihatan mempunyai akses kepada sejumlah besar dokumen sulit dan maklumat polis berhubung siasatan itu.

Turki yang mempunyai lebih 10 juta pengguna Twitter telah menyekat banyak laman web sejak beberapa tahun yang lalu.

YouTube diharamkan selama dua tahun sehingga 2010 kerana kandungan yang disifatkan menghina pengasas negara itu, Mustafa Kemal Ataturk.

Bagaimanapun, Erdogan yang menafikan kebanyakan rakaman itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah jahat penentangnya mengancam mengharamkan YouTube dan Facebook selepas pilihan raya penting pada 30 Mac ini.

Berbalik soal betapa taksubnya Anwar dan Rafizi yang sering merujuk tindakan Erdogan ini, bayangkan apakah implikasi terhadap media sosial dan rakyat di negara ini jika ‘Kajang Move’ berjaya dan Anwar sampai ke Putrajaya.

Semua maklum,  Anwar berdepan dakwaan kesalahan moral malah ada gambar-gambar  serta video yang dikaitkan dengan beliau tersebar di laman sosial.

Ketua Pembangkang itu juga menafikan semua dakwaan itu menyifatkan semua fitnah UMNO dan Barisan Nasional.

Memang laman sosial masih bebas di negara ini tetapi beberapa media terutama Utusan Malaysia dan TV3 sudah dilarang menghadiri sidang media di ibu pejabat PKR.

Rafizi pula sudah menegaskan tidak akan menjawab soalan-soalan daripada blogger-blogger UMNO kerana prasangkanya bahawa kenyataan-kenyataan beliau akan di ‘spin;

Semoga pengundi Kajang boleh faham kenapa Erdogan terus jadi inspirasi Rafizi dan Anwar.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 March 2014 10:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: