Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Indeks Persepsi Rasuah makin baik

3 DIS : Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menunjukkan Malaysia menduduki tangga ke-53 daripada 177 negara pada tahun ini berbanding ke-54, tahun lalu.

Transparency International Malaysia (TIM) dalam kenyataan media juga memaklumkan bahawa skor CPI naik kepada 50 berbanding 49 tahun lepas.

Pegumuman itu sekaligus menyaksikan Malaysia berada di kedudukan ketiga di peringkat ASEAN.

sprmSingapura pula berada di tangga kelima di peringkat global dan berada di tangga teratas di rantau ini.

Dalam pada itu, TIM melahirkan rasa bimbang kerana usaha menangani rasuah di bawah program transformasi kerajaan hanya menampakkan peningkatan yang sedikit.

Pada masa sama, TIM mendakwa masih berlaku kelemahan kerana ketiadaan penyiasatan, pendakwaan secara selektif serta ketiadaan hukuman setimpal ke atas kes berprofil tinggi.

Pihak itu juga mendedahkan masih terdapat kekurangan dalam proses tender terbuka atau pembidaan bersaingan bagi pemberian projek mega dan penswastaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 December 2013 10:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: