Kategori Berita Utama

India Muslim diterima sebagai sebahagian Bumiputera

18 JULAI: Tuntutan masyarakat India Muslim untuk mendapat pengiktirafan sebagai Bumiputera diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Walau bagaimanapun menurut Najib, kajian lebih mendalam perlu dilakukan untuk merealisasikan tuntutan tersebut.

“Saya dengar tuntutan yg dibuat oleh saudara Dhajudeen tadi, dan saya menerima India Muslim ini sebagai sebahagian Bumiputera.

“Soalnya ialah bagaimana ia akan dilaksanakan, kita akan kaji lebih mendalam lagi. Namun hakikatnya tuan-tuan dan puan-puan adalah bumiputra,” kata Najib dan disambut tepukan gemuruh hadirin.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hari Raya Keluarga dan NGO India Muslim di Serdang, pada Selasa.

Terdahulu sebelum Najib berucap, Presiden Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (Permim) Dhajudeeen Shahul Hameed telah berucap dan telah menzahirkan tiga tuntutan kepada Perdana Menteri.

“Saya juga menerima cadangan untuk membina satu pusat komuniti untuk masyarakat India Muslim, jadi selepas ini wakil-wakil bolehlah datang berunding dengan saya untuk terima bentuk peruntukan tersebut,” jelas Najib dalam ucapannya dan dewan sekali lagi bergemuruh dengan tepukan hadirin.

Majlis sambutan aidilfitri tersebut meriah dengan kehadiran 20,000 orang terdiri daripada masyarakat India Muslim dari seluruh negara.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 July 2017 10:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: