Kategori Berita Antarabangsa

Indonesia kecam rancangan Trump

6 DIS: Indonesia membantah keras hasrat Amerika Syarikat (AS) yang dijangka akan mengumumkan pengiktirafan pemindahan ibu kota Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Pengiktirafan yang akan dibuat Presiden, Donald Trump malam esok itu adalah seiring dengan pengumuman memindahkan Kedutaan AS di Tel Aviv ke Jerusalem yang terletak di Baitulmaqdis.

Dalam satu pertemuan bagi membahas rancangan itu yang diadakan di Jeddah, Arab Saudi 4 Disember lalu, Wakil Tetap Republik Indonesia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Agus Maftuh Abegebriel mengecam rancangan Trump.

“Hal ini merupakan langkah yang salah arah dan dapat mengganggu proses perdamaian di Timur Tengah,” lapor CNN Indonesia.

Dalam pertemuan itu, Agus yang juga duta Indonesia untuk Arab Saudi berkata, Menteri Luar Negeri Indonesia Retno Marsuadi juga memanggil duta AS di Jakarta bagi menyampaikan kebimbangan Indonesia.

Jakarta turut menyeru semua negara anggota OIC memberi sokongan kepada Palestin.

Selain Indonesia, negara lain yang melahirkan kekhuatiran berkenaan hasrat Trump itu termasuk sekutu AS sendiri seperti Perancis, Arab Saudi dan Turki.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 December 2017 7:36 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: