Kategori Berita Antarabangsa

Indonesia ugut sekat Google, Twitter

17 NOV: Indonesia mengancam untuk menyekat beberapa laman milik gergasi Internet di negara itu kecuali mereka mematuhi tuntutan menapis pornografi dan kandungan lain yang dianggap lucah.

Twitter, Google dan syarikat seumpamannya diberi notis oleh Menteri Komunikasi Indonesia, Rudiantara yang memberi amaran “semua platform” kini berdepan akibat serius jika mereka tidak mematuhi permintaan kerajaan untuk menyekat kandungan aplikasi mereka.

“Kes paling teruk adalah saya tidak akan membenarkan mereka berada di Indonesia.

“Kami memfokuskan kandungan aplikasi tersebut. Jika anda melanggar kandungan maka anda melanggar peraturan dan undang-undang di Indonesia,” kata Rudiantara dalam temubual.

Negara dengan penduduk 260 juta adalah mempunyai antara pengguna media sosial paling ramai. Tetapi ia juga semakin bimbang terhadap penggunaan media sosial dalam menyebarkan bahan yang berkaitan keganasan, perkauman, pornografi dan penderaan kanak-kanak.

Twitter, Google dan Facebook juga disekat di China.

Minggu lalu, Indonesia mengancam menyekat penggunaan Facebook dan khidmat mesej WhatsApp melainkan syarikat itu mengeluarkan kandungan lucah yang tersedia melalui imej GIF.

WhatsApp dibenarkan terus beroperasi selepas perjanjian untuk menapis imej dan video yang dicapai dengan perkhidmatan pihak ketiga yang menyediakan GIF.

Ketua Pengarah Aplikasi dan Informatika di Kementerian Komunikasi, Samuel Abrijani berkata eksekutif dari Google dan Twitter akan dipanggil untuk mengadakan pertemuan dengan pegawai kerajaan bagi membincangkan tindakan yang akan diambil untuk memantau kandungan aplikasi mereka.

Bagaimanapun beliau tidak memberikan butiran mengenai tarikh pertemuan itu.

Wakil Google dan Twitter di Asia tidak segera memberi maklum balas selepas diminta untuk mengulas perkara itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 November 2017 12:28 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: