Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Influenza A H1N1 dikesan di Likas

6 FEB: Tujuh individu termasuk lima kanak-kanak disahkan positif Influenza A (H1N1) di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah dekat Likas.

Bagaimanapun Pengarah Kesihatan Sabah, Dr. Christina Rundi berkata, situasi di hospital itu terkawal dan pihaknya sudah mengambil langkah pencegahan bagi mengelak ia berjangkit atau merebak.

Dr Christina Rundi Pengarah Kesihatan Sabah

Dr Christina Rundi
Pengarah Kesihatan Sabah

Terdahulu Pegawai Kesihatan Sabah bergegas ke hospital berkenaan selepas virus selesema H1N1 itu dikesan.

Pengarah Hospital, Dr Tan Bee Hwai berkata, lima kanak-kanak dan dua penjaga dewasa telah diuji positif bagi virus selesema itu.

Akibatnya, keseluruhan wad di hospital yang terletak kira-kira 10 kilometer dari pusat bandaraya Kota Kinabalu itu telah dikuarantin.

“Ini termasuk pesakit, penjaga dan kakitangan wad,” kata beliau ketika dihubungi akhbar The Star pada Khamis.

“Keutamaan kami sekarang ialah untuk menghentikan penyebaran virus, termasuk mewujudkan wad kuarantin berkenaan dan juga memastikan orang ramai mengamalkan kebersihan diri termasuk mencuci tangan dengan kerap selain menggunakan topeng muka,” tambah Dr Tan.

Beliau berkata pegawai-pegawai perubatan Sabah juga sedang cuba mengesan punca wabak H1N1 itu.

Katanya lagi, doktor dan kakitangan juga kini lebih bersedia menghadapi situasi wabak H1N1 berbanding pada tahun 2009.

“Kami mempunyai langkah-langkah dan ubat-ubatan yang perlu dalam menangani wabak ini,” katanya.

Sama seperti virus selesema lain, H1N1 merupakan virus yang boleh berjangkit melalui pernafasan dan menyerang hidung, tekak, atau paru-paru.-bnbbc.my

Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas

Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas, Sabah

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 February 2014 10:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: