Kategori Berita Utama

Ingat sudah selesai tolak MT UMNO tetapi Ustaz Kazim terus dicaci

15 DIS : Ustaz Kazim Elias ingatkan apabila beliau menolak pelantikan menganggotai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, fitnah dan kutukan terhadapnya akan berakhir.

Malangnya, selepas dua minggu, pihak yang tidak puashati terhadap penceramah agama itu masih menyerang Ustaz Kazim.

Kekesalan beliau diluahkan dalam laman Facebook yang antara lain menasihati mereka berhati-hati membuat komen, ugutan dan perli.

ustazkazimpc1

Ustaz Kazim menjawab soalan media selepas berjumpa Najib di bangunan Parlimen awal bulan ini.

“Bg yg asyik dok umpat n fitnah dgn kata2 yg sangat cemar, ingat lah hidup kita tak lama, akhirat ada.. Berhati2lah dlm komen, kata2, ugutan, perli dll.. Ingat Allah,” katanya menerusi laman berkenaan petang Ahad.

Berikut luahan rasa Ustaz Kazim atau UKE:

“Apa perkataan yg paling sesuai pd puak2 yg x faham2..ingatkan bila tak terima jawatan MT dah selesai, rupanya tak habis lg, ada yg agak bodoh dok kata sy terima MT, tak habis2 fitnah umpat dan keji.Ulamak mana yg saya umpat?Tolak pun salah, terima pun salah, tak masuk politik pun salah, diam pun salah, jawab pun salah,buka sekolah pun salah, x buka pun salah?Memang dah jenis dengki, irihati, taksub atau apa? Agak2 tak berkenan jgnlah like, tp like jugak.. Saya tak campur politik, tak puas hati lagi ke,Sahabat2 pemberi semangat semua, kerana segelintir parasit inilah yg menjadikan Umat Islam lemah, asyik bergaduh tak habis2,cerca mencerca, kutuk mengutuk..susah bila dah set dlm minda mereka.. Geng aku bagus, syurga lain geng aku jahat, munafik bakal ahli neraka…klu inilah pegangan maka jadilah perpecahan semakin merebak.Bg yg asyik dok umpat n fitnah dgn kata2 yg sangat cemar, ingat lah hidup kita tak lama, akhirat ada.. Berhati2lah dlm komen, kata2, ugutan, perli dll.. Ingat Allah”.

Ustaz Kazim baru-baru ini bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO menyatakan penolakkan beliau terhadap lantikan sebagai ahli MT kerana selesa berdakwah dan menguruskan sekolah agamanya.

Beliau juga tidak mahu keluarganya tertekan akibat fitnah dan cercaan pihak tidak bertanggungjawab.

Ustaz Kazim turut mendedahkan antara mengecam dan memanggilnya seperti haiwan adalah PAS.–bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 December 2013 9:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: