Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ini punca PR1MA tidak capai sasaran

27 MAC : Sikap kerajaan negeri dan syarikat swasta yang sering menukar keputusan menyebabkan pelaksanaan projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA)  tidak dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Walau bagaimanapun Menteri Di Jabatan Perdana, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata kerajaan pusat tetap akan meneruskan rundingan bagi menjayakan projek berkenaan.

prima Antara masalah yang sering timbul katanya apabila PR1MA bersetuju mengambil alih serta mengeluarkan modal, syarikat swasta pula  menukar harga berbanding  pada harga peringkat awalnya  menyebabkan PR1MA tidak dapat meneruskan rundingan.

Ini kerana kerajaan perlu menanggung 20% diskaun daripada harga asal bagi memenuhi permintaan golongan pertengahan yang berpendapatan sederhana untuk memiliki rumah sendiri.

“Bila luluskan 80,000 tahun ini bukan bermakna tahun ini siap. Kita diproses serta merta pada tahun itu juga. Sebab tahun ini kita kena proses lagi 80,000 dan tidak mungkin rumah boleh siap pada tahun yang sama,” katanya ketika menjawab soalan ahli parlimen Tanjong Piai, Datuk Wee Jeck Seng dalam sesi sidang Dewan Rakyat pada Khamis.

Ketika menjawab soalan tambahan ahli parlimen PKR Gombak, Mohamed Azmin Ali, beliau menegaskan  pelaksanaan PR1MA sedang melalui pelbagai peringkat dan yang dalam proses pembinaan dan di Selangor sahaja sebanyak 8,740 unit.

Malah pada 2013 sahaja, 80,494 rumah telah diluluskan bagi peringkat pertama, manakala di peringkat kedua 80,000 lagi dalam proses pelaksanaannya.

Jelas Shahidan yang juga ahli parlimen Arau,  yang paling penting bila perumahan itu dalam proses analisa perancangan, ia akan diikuti dengan proses yang seterusnya.

“Dan apabila lembaga telah meluluskan bermakna ia telah mengambil kira perbincangan dan persetujuan dengan kerajaan negeri dan juga swasta,” katanya.-bnbbc.my.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 March 2014 2:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: