Kategori Berita Utama

Ini sebab Anwar dilarang masuk Jepun

21 JAN : Jika perkara ini betul, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang fikir Wisma Putra ada kaitan beliau disekat masuk ke Jepun, tentu malu dan patut minta maaf kerana mendakwa kerajaan ada kaitan dengan insiden tiga hari lalu..

Semua akui Ketua Pembangkang itu bukanlah seorang pemimpin yang bodoh tetapi mungkin kerana kegopohan atau ‘terlepas pandang’, soal syarat visa kemasukkan ke Jepun telah diketepikan Anwar dan akibatnya beliau dihalang masuk ke negara itu.

Sebagai makluman, sejak tahun lalu, Jepun menghapuskan visa untuk rakyat Malaysia ke negara tersebut.

Namun, ada syarat menetapkan sesiapa pernah dihukum penjara, mereka perlu minta Surat Kebenaran Khas untuk ke masuk ke Jepun.

KREDIBILITI Anwar sama ada masih dihormati dan dipatuhi bakal teruji lagi.

Anwar boleh merayu Kebenaran Khas masuk ke Jepun

Ini yang mungkin Anwar tak faham dan terlepas pandang.

Beliau lupa status dirinya pernah disabitkan kesalahan pada 1999 dan kerana itu jika mahu masuk ke Jepun, Anwar wajib mendapatkan kebenaran khas tersebut.

Sebelum ini, beliau pernah masuk Jepun tahun 2006, 2009, 2012. Ketika itu visa masih diwajibkan kepada rakyat Malaysia yang hendak ke sana.

Kali ini, selepas visa dihapuskan, Anwar tidak minta kebenaran khas tersebut.

Perkara ini disahkan oleh jurucakap Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur Selasa.

Menurutnya Anwar tidak dibenarkan masuk ke Jepun bila sampai di Lapangan Terbang Narita ,Tokyo pagi Ahad lalu kerana gagal memenuhi syarat yang ditetapkan di bawah undang-undang Imigresen Jepun.

Jelasnya, pihak berkuasa mempunyai hak untuk menafikan kemasukan mana-mana individu yang gagal memenuhi syarat ditetapkan di bawah Perkara 7 Kawalan Imigresen dan Akta Pengiktirafan Pelarian.

Bagaimanapun, Anwar boleh merayu mendapatkan kebenaran tersebut memilih untuk pulang ke Malaysia.

Menerusi undang-undang Jepun, seseorang yang pernah dipenjara lebih daripada satu tahun boleh dihalang daripada masuk ke negara berkenaan seperti yang ditetapkan di bawah Perkara 5 Kawalan Imigresen dan Akta Pengiktirafan Pelarian.

Untuk rekod, Anwar pernah dipenjarakan selama enam tahun kerana penyalahgunaan kuasa.

Selain daripada memiliki paspost yang sah, syarat lain untuk memasuki Jepun ialah termasuk menyatakan sebab kemasukan serta sama ada tempoh kemasukan sama dengan program kunjungan atau tidak.

Menerusi kenyataan pada Ahad, Anwar berkata beliau dihalang memasuki Jepun sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada 6.45 pagi Ahad dan diminta menaiki pesawat pertama yang berlepas pulang atau menghadapi tindakan pengusiran. –bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 January 2014 1:55 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: