Kategori Berita Antarabangsa

Insiden tembakan masjid di Perancis, lapan cedera

3 JULAI: Lapan orang  mengalami kecederaan dalam insiden tembakan semalam di hadapan sebuah masjid di bandar Avignon di selatan Perancis.

Bagaimanapun, pejabat pendakwa raya negara berkenaan menolak kejadian baru itu sebagai serangan pengganas.

Menurut maklumat awal saksi di lokasi, sekurang-kurangnya dua lelaki keluar dari kereta berhampiran masjid dan kemudian melepaskan tembakan menggunakan senjata termasuk senapang patah pada jam 10.30 malam waktu tempatan.

Bagaimanapun, katanya, tiada mangsa mengalami kecederaan serius.

“Apa yang kami maklum setakat petang ini, masjid bukan sasaran. Ia berlaku di jalan raya dan tidak berkait dengan institusi beribadat berhampiran, ” lapor AFP.

Ada saksi memaklumkan ternampak empat lelaki memakai jaket semuanya berhud.

Agensi berita Reuters masih beluim dapat mengenal pasti laporan tersebut, yang menyebut polis tempatan tidak mengisytiharkan kejadian itu berkaitan dengan serangan pengganas malahan ianya berpunca dengan pergaduhan membabitkan sekumpulan belia.

Surat khabar itu turut memetik saksi berkata salah seorang dari dua suspek yang memakai topeng muka telah melepaskan beberapa tembakan sekitar jam 10.30 malam menyebabkan jemaah masjid melarikan diri dari lokasi kejadian.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 July 2017 10:06 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: