Kategori Ekonomi

InvestKL yakin sasaran 100 syarikat MNC tercapai

11 FEB : InvestKL berjaya menarik 14 syarikat antarabangsa (MNC) untuk membuka ibu pejabat serantau di kawasan Greater Kuala Lumpur pada 2014, menjadikan 47 syarikat keseluruhannya sejak ditubuhkan pada 2011.

Lebih penting, pembukaan ibu pejabat serantau 47 MNC itu menyumbang pelaburan bernilai RM4.2 bilion selain mewujudkan 6,312 peluang pekerjaan serantau membabitkan 3,064 jawatan secara tetap dengan 85 peratusnya adalah rakyat Malaysia.

logo investkl“InvestKL tetap berpegang kepada iltizam mencapai sasaran menarik kehadiran 100 MNC menjelang 2020. Kami sudah menyediakan asas kukuh sejak tiga tahun lalu untuk menjadikan Greater Kuala Lumpur sebagai tapak ideal untuk syarikat berkembang di ASEAN,” kata kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zainal Amanshah, Rabu.

Menurutnya, InvestKL menyasarkan lebih banyak MNC menjadikan Greater Kuala Lumpur bukan sekadar ibu pejabat serantau malah pangkalan operasi berpusat dan pusat pengurusan rantaian bekalan rantau ini.

InvestKL adalah entiti kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Wilayah Persekutuan dan PEMANDU, Jabatan Perdana Menteri.

Antara MNC yang mengesahkan kehadiran sehingga kini termasuklah Hobsons, Cameron, Valmont, Zurich, SPIE, Indra Sistemas, Saipem, Codemaster, Cargill, Linde, Schlumberger, Clariant, Epson Precision, Hitachi Systems, Cerner, Rentokil Initial, Colas Rail, Huntsman, Vale, IBM, Worley Parsons, Aecom, Toshiba, Service Source, Philips Healthcare, Altran, Agusta Westland dan International SOS.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 February 2015 3:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: