Kategori Ekonomi

IPP Ogos naik 6.8 peratus

12 OKT: Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia (IPP) bagi Ogos 2017 meningkat sebanyak 6.8 peratus kepada 133.2 daripada 124.7 yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan hari ini berkata peningkatan itu disokong oleh pertumbuhan 7.6 peratus dalam sektor pembuatan, susulan pertumbuhan kukuh 8.0 peratus pada Julai 2017.

Subsektor utama yang mencatatkan pertumbuhan pada bulan itu ialah produk peralatan elektrik dan elektronik (8.6 peratus), produk makanan, minuman dan tembakau (9.4 peratus) dan produk petroleum, kimia, getah dan plastik (6.9 peratus).

Jabatan itu berkata keluaran sektor perlombongan meningkat kukuh sebanyak 5.3 peratus pada Ogos disumbang oleh kenaikan dalam indeks gas asli sebanyak 14.6 peratus, manakala indeks minyak mentah turun 1.6 peratus.

“Keluaran sektor elektrik meningkat 3.0 peratus pada Ogos berasaskan tahun ke tahun,” kata Jabatan Perangkaan.

Share This:




Berita Bertarikh pada 12 October 2017 5:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]