Kategori Berita Utama

IPP: Kerajaan tidak beri subsidi

5 DIS: Kerajaan tidak pernah menyalurkan sebarang subsidi kepada penjana tenaga bebas (IPP) seperti yang didakwa Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teressa Kok.

Menurut Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narashid, kenyataan Teressa tidak benar dan boleh mengelirukan rakyat.

Ini kerana kerajaan tidak pernah mengambil pendekatan begitu bagi menjana keuntungan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) berikutan kenaikan kadar tarif elektrik yang diumumkan baru-baru ini.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, kerajaan berusaha memastikan harga tenaga elektrik terbaik untuk dinikmati rakyat dengan mengawal harga tenaga elektrik yang disalurkan oleh IPP kepada TNB pada paras yang rendah.

ehsanudin

Ehsanuddin

“Apa yang berlaku sebenarnya kerajaan kawal harga dengan harga yang lebih rendah untuk gas kepada IPP, dan sebab harga terkawal yang lebih rendah ini maka IPP akan bagi harga yang rendah kepada TNB dan TNB hanya akan bagi tarif dan harga yang rendah kepada pengguna. Maknanya subsidi terus kepada rakyat.

Tarif elektrik baru bagi Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili di bangunan Parlimen pada Isnin..

Kenaikan itu, menurut Ehsanuddin adalah wajar seiring dengan peningkatan kos seharian, selain untuk menambah baik perkhidmatan.

“Atas sebab itu IPP tidak mendapat subsidi, TNB juga tidak dapat subsidi. Oleh sebab itu diumumkan kenaikan tarif kerana harga semua naik, gaji pekerja naik, harga sewa naik dan tentu ada kos yang naik, semua orang faham, jadi atas sebab itu tarif itu naik dan ada berapa kali naik dalam beberapa tahun, dan pada masa akan datang pun dia akan naik tidak mungkin harga akan turun, sebab kos setiap hari akan bertambah naik.”

“Atas sebab itu bila dinaikkan tarif ini yang kita rasa kita kena faham ada kewajarannya. Kalau tidak TNB tidak membuat untung dan itu akan menyulitkan lagi keadaan, sebagai contoh mereka tidak boleh membina power plant (loji tenaga) yang baru, akan menyebabkan masalah yang akan berbalik pada rakyat dengan kekurangan tenaga elektrik sehingga terputus bekalan dan sebagainya.” jelasnya.

Ehsanuddin turut terpanggil untuk mengulas mengenai margin simpanan tenaga elektrik negara yang dipertikaikan Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming sebagai terlalu tinggi berbanding negara lain.

Namun Ehsanuddin menegaskan, margin simpanan tenaga yang tinggi penting supaya TNB dapat menyediakan bekalan yang mapan bagi menarik pelabur asing melabur di negara ini.

“Kita amalkan System Average Interuption Duration Index (SAIDI), di mana SAIDI kita antara yang terbaik (lebih rendah lebih mapan) maka pelabur yakin untuk melabur di negara kita. Bila SAIDI rendah, kita tidak akan ada kes blackout atau terputus bekalan”

“Tapi ada orang bercakap rezab margin 52 peratus kalau kita kurangkan kepada 30 pperatus boleh menjana RM20 billion, ini nama dia untung atas angin, mana ada duit datang macam itu. Kita buat rezab margin itu supaya kapasiti untuk menyakinkan pelabur-pelabur masuk dan tiada gangguan bekalan.

Untuk rekod, negara mempunyai simpanan margin elektrik yang tsecukupnya bertujuan menampung keperluan bekalan sekiranya kadar penggunaan meningkat secara mendadak.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 December 2013 3:33 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: