Kategori Berita Antarabangsa

Iran ancam tarik diri daripada perjanjian nuklear

3 MEI: Duta Iran ke Britain, Hamid Baeidinejad, berkata Tehran mungkin menarik diri daripada menandatangani perjanjian nuklear, jika Amerika Syarikat terlebih dahulu mengambil tindakan yang sama.

Malah, Hamid berkata, negaranya sedia untuk kembali kepada keadaan sebelum ini, sekiranya Amerika Syarikat menarik diri daripada pakatan yang dibentuk pada 2015, susulan ancaman yang dibuat Presiden Donald Trump.

“Apabila Amerika Syarikat keluar dari perjanjian ini, ia bermakna tiada lagi perjanjian.

“Ini kerana, pihak yang mempunyai kepentingan sudah membatalkannya dan dengan jelas melanggar perjanjian itu,” katanya kepada wakil CNN, Christiane Amanpour.

Sebelum ini, Trump dilaporkan mengancam untuk membatalkan perjanjian yang dirangka pada 2015 antara Tehran dan enam kuasa dunia.

Washington diberi tempoh sehingga 12 Mei ini, untuk memperbaharui sokongannya terhadap perjanjian itu.

Perjanjian itu bakal menguatkuasakan sekatan lebih ketat terhadap program nuklear Iran, bagi membolehkan sekatan ekonomi terhadap negara itu dilonggarkan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 May 2018 9:03 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: