Kategori Berita Antarabangsa

IS bunuh 15 polis, culik 4 pelajar jurusan wartawan

4 OGOS: Kumpulan militan IS dilaporkan membunuh 15 anggota polis Iraq dan menculik empat pelajar kewartawanan yang dituduh bekerjasama dengan media asing di bandar Mosul.

Ketua keselamatan di wilayah Nineveh, Mohammed al-Bayati berkata, insiden tersebut adalah sebahagian daripada kempen tangkapan dan pembunuhan yang dijalankan IS terhadap perkhidmatan keselamatan serta pegawai awam.

IS bunuh polis di Iraq“15 pegawai ditembak mati di hadapan dewan di bandar itu, sekali gus menakutkan penduduk tempatan. Mayat kemudiannya dihantar ke rumah mayat untuk urusan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, empat pelajar Universiti Mosul dipindahkan ke penjara IS di tenggara bandar berkenaan, untuk disoal siasat atas dakwaan kerjasama mereka dengan media asing.

Sejak IS menguasai Mosul 10 Jun tahun lalu, ratusan orang yang menentang ideologi kumpulan terbabit telah dibunuh, termasuk aktivis kumpulan hak asasi manusia, pakar perubatan, wartawan, anggota tentera dan media asing.

Pada penghujung Jun tahun lalu juga, IS mengisytiharkan khalifah Islam di wilayah yang dikuasai di Syria dan Iraq.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 August 2015 10:45 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: