Kategori Berita Utama

Kerajaan pinda akta sedia ada atau gubal akta baru ganti ISA – Zahid

12 JAN: Kerajaan mungkin meminda akta sedia ada atau menggubal akta baharu yang bersesuaian bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika perkara itu dirasakan perlu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata adalah tiidak mungkin kerajaan mengambil jalan mudah dengan menguatkuasakan semula ISA yang telahpun dimansuhkan.

Kelmarin bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan kerajaan menguatkuasakan semula ISA bagi menangani kumpulan ekstremis yang mahu menjejaskan kestabilan negara.

Cadangan beliau itu turut disokong oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Datuk Ser Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap merasmikan

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Rela Malaysia Peringkat Kebangsaan ke-42 di Baghan Datoh pada petang Sabtu.

“Apa yang dinyatakan oleh kebanyakan pemimpin-pemimpin termasuk Ketua Polis Negara mempunyai elemen-elemen yang boleh diperkirakan tetapi bukan mudah untuk menghidupkan semula ISA,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Rela Malaysia Peringkat Kebangsaan ke-42 di Baghan Datoh pada petang Sabtu.

Ahmad Zahid juga berkata andainya akta seumpama diadakan ia bukan bertujuan menahan mereka yang berbeza pandangan politik, sebaliknya untuk menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai pertimbangannya dalam meneliti pandangan yang diberi oleh pelbagai pihak berhubung isu itu, kata Ahmad Zahid.

Selain disokong Ketua Polis Negara, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menjadi antara orang paling awal menzahirkan sokongan terhadap cadangan Tun Dr Mahathir dipercayai akibat kemelut isu larangan penggunaan kalimah Allah di negeri itu.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 January 2014 10:51 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: