Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Isma akan berdepan saman Marina isu Comango tanpa gentar

27 FEB: Saman yang difailkan oleh Datin Paduka Marina Mahathir terhadap Presiden Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik dan 15 ahli jawatankuasa (AJK) badan bukan kerajaan (NGO) itu tidak melemahkan imej Isma, tegas Abdullah Zaik. 

Beliau ketika dihubungi bnbbc.my menegaskan, Isma akan berhadapan dengan saman tersebut tanpa gentar.

“Saman itu tidak melemahkan Isma, dan kami sesekali tidak pernah terasa seperti dijatuhkan imej, malah kami akan berdepan dengan saman itu.

abdullahzaikISMA

Abdullah…Isma tidak gentar

“Kalau beliau rasa saman itu akan melemahkan kami, beliau silap sebaliknya ianya memberikan kelebihan kepada kami dan kami juga sudah aturkan langkah-langkah seterusnya yang wajar untuk diambil,” kata Presiden Isma itu.

Beliau mengulas tindakan Marina yang juga Ahli Lemabaga Pengarah Sisters In Islam (SIS),memfailkan saman berkenaan ekoran tindakan Isma mengedarkan 70,000 risalah bertajuk “Antara 54 NGO dalam Comango” pada 8 November 2013.

Risalah itu dikatakan diedarkan di masjid sekitar Lembah Klang, Bandar Baru Bangi, Putrajaya, Seremban, Samarahan (Sarawak), Melaka, Kuantan dan Kuala Terengganu.

Marina berkata, pada hari Isma mengedarkan 70,000 risalah tersebut, satu laporan bertajuk “Isma edar 70,000 risalah dedah dalang Comango,” menerusi laman webnya.

Katanya, penyataan palsu Isma berniat jahat yang membawa maksud antaranya, beliau terlibat secara peribadi dalam laporan yang diterbitkan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) sebagai anti Islam dan kurang pegangan agama sehingga diaib dan dihina.

Marina menuntut ganti rugi, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk serta perintah injunksi.

Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop ketika pengurusan kes di kamar beliau hari ini menetapkan 10 Mac ini untuk pihak defendan memfailkan pembelaan.

Isma sebelum ini mendedahkan berikutan kegiatan Comango yang disifatkan sebagai melanggar hukum Islam dan juga perlembagaan negara.

Ini kerana tuntutan yang dibawa NGO terbabit yang juga meletakkan SIS sebagai antara NGO yang bersama mereka turut menuntut kebebasan beragama dan juga menyokong budaya songsang LGBT. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 February 2014 5:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: