Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ismail jumpa MCA sebelum Tahun Baru Cina

12 FEB: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan pertemuan dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bagi menjelaskan kenyataannya berhubung peniaga yang enggan menurunkan harga barang.

ismailsabrimoaIsmail berkata pertemuan itu dijangka diadakan sebelum Tahun Baru Cina bagi memastikan isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat kenyataan pada Jumaat lalu tentang perlunya peniaga tanpa mengira kaum menurunkan harga barang seiring dengan pengurangan kos berikutan penurunan harga minyak, isu itu masih dilihat belum selesai.

Ismail berkata MCA perlu berhenti mempolemikkan isu itu kerana ia tidak mendatangkan keuntungan kepada Barisan Nasional (BN).

“Kalau MCA attack (serang) saya, orang UMNO akan terasa, kerana saya merupakan pemimpin UMNO,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra Gen Y (Generasi Y) yang julung kali dianjurkan Yayasan Pertanian Belia Malaysia (YPBM) dengan kerjasama Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia, termasuk Kelab UMNO Luar Negara di Kuala Lumpur, malam tadi.

Generasi Y ialah pelajar institusi pegajian tinggi dalam dan luar negara.

Kira-kira 100 orang pelajar hadir di program santai ‘You Tanya, I Jawab’ itu, yang membuka peluang kepada para belia untuk mendekati Ismail Sabri secara terus untuk mendapatkan penjelasan berhubung isu-isu semasa. – Bernama

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2015 9:13 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: