Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ismail Sabri: Bapa bersama anak OKU sudah dibantu

30 JUN: Dakwaan bahawa seorang bapa tunggal yang tinggal di Mukim Lembak, Temerloh bersama  dua orang anak orang kurang upaya (OKU) di kawasan parlimen Bera tidak pernah menerima bantuan serta hidup dalam keadaan daif adalah tidak berasas.

Berikutan itu, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kesal dengan penularan beberapa keping gambar di media sosial yang tular menunjukkan kehidupan penduduk tersebut tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

Katanya, gambar yang menunjukkan kedaifan kehidupan penduduk yang bernama Abdul Rahman bin Jusoh 73, dikitar untuk disebar semula oleh pihak tidak bertanggungjawab baru-baru ini, dengan niat untuk memburukkannya reputasinya sebagai wakil rakyat di situ.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menjelaskan, pada awal tahun pihaknya sudah meminta FELCRA membaiki pulih rumah Rahman.

“Pihak FELCRA sudah membina sebuah rumah batu yang disambungkan dengan rumah asal supaya beliau lebih selesa untuk tinggal bersama keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun begitu, beliau berkata, rumah (foto) tersebut adalah untuk sementara sahaja kerana pihaknya akan berusaha mendapatkan rumah baharu di bawah Program perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk Abdul Rahman dan keluarga.

“Rumah yang baru akan dibina apabila isu status tanah selesai.

“Kerana rumah berkenaan berada di atas tanah kerajaan. KKLW  akan berbincang dgn Pejabat Tanah Temerloh untuk selesaikan isu ini,” jelasnya lagi.

Tambah Ismail Sabri lagi, Rahman juga sudah menerima bantuan RM600 sebulan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), selain bantuan seperti kerusi roda dan lampin pakai buang untuk anak-anak beliau yang OKU.

“Begitu juga dengan barang-barang dapur dan makanan seperti milo, susu, beras dan sebagainya yang disumbangkan oleh UMNO Bahagian Bera,” jelasnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 June 2017 6:53 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: