Kategori Berita Antarabangsa

Israel serang Gaza, tutup lintasan Rafah

14 JAN: Pesawat tentera udara Israel melancarkan serangan di selatan Semenanjung Gaza semalam serta bertindak menutup laluan perdagangan antara wilayah terkepung Palestin itu dan negaranya.

Tentera Zionis dalam satu kenyataan berkata, mereka menyasar infrastruktur menggunakan jet pejuang di selatan wilayah Rafah, bersebelahan sempadan Mesir – Semenanjung Gaza.

“Organisasi Hamas bertanggungjawab ke atas semua semua aktiviti yang berlaku di dalam dan dari Semenanjung Gaza,” kata kenyataan.

Sumber keselamatan Palestin di Gaza berkata tiada siapa cedera dalam serangan Israel itu.

Terdahulu semalam, Kementerian Pertahanan Israel berkata, laluan perdagangan Kerem Shalom antara Gaza dan Israel berhampiran Rafah ditutup bermula hari ini sehingga ‘dimaklumkan kemudian.’

Jurucakap kementerian berkata, tindakan jarang dilakukan itu susulan satu ‘penilaian keselamatan.’

Keganasan rentas sempadan antara Israel dan Gaza meningkat sejak Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bertindak mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel 6 Disember lalu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 January 2018 10:39 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: