Kategori Berita Antarabangsa

Israel serang kem latihan Hamas di Gaza

18 DIS: Tentera Israel mendakwa serangan ke atas kem latihan pejuang Hamas di Gaza, hari ini, adalah sebagai tindak balas terhadap pelancaran roket dari wilayah Palestin.

Serangan antara kedua-dua pihak meningkat sejak Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Bagaimanapun, tiada kerosakan atau kematian dilaporkan oleh Hamas atau Israel, menjelang kunjungan Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence ke Israel dan Mesir.

Pergerakan pejuang Hamas sudah melancarkan puluhan serangan terhadap kawasan di selatan Israel sejak dua minggu lalu, iaitu yang paling intensif sejak perang Gaza selama tujuh minggu pada 2014.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 December 2017 11:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: