Kategori Berita Antarabangsa

Israel serang tentera Syria

9 JAN: Israel melancarkan serangan udara dan peluru berpandu ke beberapa sasaran di Syria sehingga menyebabkan kerosakan berhampiran kedudukan tentera.

Jurucakap tentera Syria dalam satu kenyataan pada Selasa berkata serangan tentera udara Israel dilancarkan di kawasan Qutayfeh di timur laut Damsyik, menyebabkan tentera Syria menyerang balas dan menembak salah satu daripada pesawat Israel.

Israel turut melancarkan peluru berpandu ke Syria dari kawasan yang diduduki Israel di Bukit Golan, namun ia berjaya dipintas tentera Syria.

Lapor AFP, beberapa siri serangan dilancarkan tentera Israel ke atas tentera Syria dan sekutunya, gerakan Syiah Lubnan, Hizbullah sejak konflik mula tercetus di negara itu pada 2011.

Israel turut menguasai 1,200 kilometer persegi kawasan d Bukit Golan dari Syria dalam Perang Enam Hari pada 1967 dan kemudiannya terus menduduki kawasan berkenaan yang mana ia tidak pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Syria dan Israel secara teknikalnya masih lagi berperang, dan tentera Yahudi itu terus melancarkan perang terhadap Hizbullah pada 2006.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 January 2018 5:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: