Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Istana Selangor keluar kenyataan berhubung jawatan MB esok

20 MEI: Istana Selangor dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kedudukan jawatan Menteri Besar negeri ini, pagi esok.

Perkara ini dimaklumkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditemui pemberita setelah hampir dua jam mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membincangkan isu jawatan berkenaan di Istana Bukit Kayangan, di sini sejak jam 11.45 pagi ini.

Jelasnya, pertemuan beliau dengan Sultan Selangor itu berlangsung dalam suasana yang positif selain memaklumkan baginda turut gembira dengan penjelasan yang diberikannya berhubung isu pentadbiran di peringkat negeri dan Persekutuan.

“Kita tunggu jam 9 pagi esok apabila pihak istana Selangor keluarkan kenyataan rasmi,” katanya.

Semalam, Mohamed Azmin dilapor akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi membincangkan tugas baharu di peringkat Persekutuan selepas dinamakan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Ketika ini, Ahli Parlimen Gombak dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor itu adalah Menteri Besar Selangor

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 May 2018 6:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: