Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Isteri Bung Moktar lahir bayi kembar

30 DIS: Isteri kepada Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional, Datuk Seri Bung Moktar Radin selamat melahirkan anak kembar lelaki semalam.

Pelakon, Zizie Ezette melahirkan anaknya, masing-masing jam 5.38 dan 5.50 pagi, pada Jumaat di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.

Zizie Ezette selamat melahirkan anak kembar lelaki. (Foto ikhsan Zizie Ezette)

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Zizie, 39 berkata beliau menjangkakan kembarnya itu akan lahir pada hari jadinya hari ini, tetapi proses kelahiran secara pembedahan terpaksa dilakukan sehari lebih awal.

“Seorang ibu yang menyambut hari jadinya bersama dua hadiah yang datang lebih awal!” katanya.

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan pada 2009.

Pasangan itu juga mempunyai seorang anak angkat perempuan, Naila Nur Jenna yang  berusia 11 bulan.

Sementara itu, memetik kenyataan di Instagramnya, Bung meluahkan rasa syukur atas kelahiran dua puteranya dan berharap ia membawa kebahagian kepada keluargnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 December 2017 7:01 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: