Kategori Berita Utama

Isteri dan bapa mertua Ustaz Kazim sakit tertekan tohmahan

5 DIS  :Isteri saya sakit, bapa mertua mertua dan ibu mertua saya juga sakit. Mereka tak tahu apa-apa.  Mereka tertekan…jumpa orang, ada yang mengata macam-macam.

Malah menurut pendakwah Ustaz Kazim Elias, anak-anaknya juga tertekan malah enggan keluar rumah apatah lagi menatap media terutama facebook yang sarat umpatan dan kejian.

“Saya tak kisahlah pasal yang tuduh saya dan panggil saya seperti haiwan. Saya kasihan keluarga saya dan pak mertua. Beliau Naib Kadi di Kedah. Ada orang jumpa kata kat dia macam-macam,” ujar Ustaz Kazim ketika dihubungi bnbbc.my.

Beliau yang umum keluar PAS Isnin lalu, itu antara pertimbangan beliau tidak menerima tawaran dilantik ahli Majlis Tertinggi UMNO.

ustazkazim3

Saya tak kisah tetapi kasihan keluarga saya tertekan – Ustaz Kazim

“Saya sudah maklumkan kepada Perdana Menteri sewaktu bertemu beliau di Parlimen. Datuk Seri Najib (Tun Razak) faham situasi saya dan keluarga. Beliau doakan yang terbaik kepada saya,” katanya.

Selain itu, beliau turut memberikan beberapa nama untuk dipertimbangkan Presiden UMNO untuk dilantik ahli MT menggantikan beliau.

“Mereka bukan orang parti tetapi orang agama yang boleh membantu transformasi dalam UMNO. Saya sokong usaha Perdana Menteri itu terutama buka ruang kepada orang luar bukan politik membantu parti,” katanya.

Selain keluarga, Ustaz Kazim membuat keputusan itu mengambil kira tanggungjawabnya dengan Pusat Pendidikan Al Barakah serta anak-anak murid serta masyarakat umum yang mahu beliau terus berdakwah tanpa terbabit mana-mana parti politik.

ustazkazimrb

Ustaz Kasim bersama pengarang bnbbc.my ketika beliau hadir bertemu Perdana Menteri, Isnin lalu.

“Saya akan meneruskan usaha saya berdakwah kearah penyatuan ummah sama ada ianya dikalangan ahli-ahli PAS mahupun UMNO serta  perpaduan kaum kerana ceramah saya turut diikuti bangsa lain,” katanya.

Menurut Ustaz Kazim, Perdana Menteri sudah sedia maklum penolakan beliau pada pertemuan Isnin tetapi menyerahkan kepada Najib mengumumkan perkara itu.

Beliau turut mencadangkan lima perkara kepada Najib dalam pertemuan itu bagi meningkatkan pandangan masyarakat kepada UMNO serta langkah-langkah yang perlu dilakukan parti dalam isu berkaitan Islam.

Selepas pertemuan itu, beliau hanya mengumumkan keluar  daripada PAS kerana kecewa dan kesal ada kalangan ahli dan pemimpin PAS melemparkan fitnah dan kejian yang keterlaluan terhadapnya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 December 2013 2:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: