Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Isteri tonton suami dikelar penyamun menyamar polis

19 JULAI: Seorang warga Myanmar maut selepas dikelar sekumpulan penyamun lima lelaki yang dipercayai menyamar sebagai anggota polis.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mior Farid Al-Athrash Wahid, dalam kejadian jam 1 pagi tadi, mangsa dikenali sebagai Min Tun Um, 54 dikatakan sedang tidur dengan isterinya di sebuah bangsal berhampiran tapak projek perumahan Bukit Bintang Maya, Sungai petani.

Lima lelaki terbabit dikatakan mengejutkan mangsa sebelum meminta pasport  diatas alassan ingin melakukan pemeriksaan.

Bagaimanapun, salah seorang daripada suspek kemudiannya bertindak merampas beg isteri mangsa sebelum mengikat wanita terbabit di sebatang pokok berhampiran bangsal.

Lebih menyayat hati isteri mangsa melihat salah seorang suspek melibas parang serta menikam suaminya.

Sejurus kemudian kesemua suspek terus melarikan diri ke kawasan bawah bukit.

Menurut Mior Farid, siasatan awal mendapati suspek mengambil beg milik mangsa yang berisi wang tunai RM3,000 dan dua telefon bimbit sebelum melarikan diri.

“Kes disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.

“Suspek dikenal pasti sebagai warga tempatan dan polis  melancarkan operasi mengesan,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 July 2017 1:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: