Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Isteri saya beri sokongan foto kaitkan saya-Zairil

21 APRIL: Ahli parlimen DAP Bukit Bendera Zairil Khir Johari membuat pengakuan terbuka yang isterinya sentiasa memberi sokongan terhadap sebaran gambarnya bersama Dyana Sofea Mohd Daud di laman sosial baru-baru ini.

Dakwanya, ini kerana isterinya tahu akan perjalanan politik dimana pemimpin sentiasa diserang dalam pelbagai cara, malah menyifatkan perkara tersebut hanyalah strategi musuh untuk membunuh karaketer beliau dan Dyana dalam DAP.

“Itu memang sudah dijangka. Itu reaksi yang mereka mahukan. Sesiapa yang menyerang, itu memang reaksi yang mereka mahu. Pembunuhan karakter ialah memastikan karakter saya musnah.

“Isteri saya sangat memberi sokongan. Saya rasa dia wanita yang kuat. Dia daripada keluarga ahli politik, tetapi tidak begitu dikenali dalam UMNO. Mungkin dia faham asam garam dalam politik. Selagi kami berdua saling menyokong satu sama lain, itu yang paling penting bagi saya.

“Kebanyakan masanya isteri yang beritahu saya. Boleh dikatakan dia menyokong saya 100%. Dia tidak marah saya seperti didakwa sesetengah blogger. Dia tahu kebenarannya,” katanya ketika ditemubual bersama The Malaysian Insight.

Beliau berkata demikian bagi mengulas empat gambar pasangan, yang dikatakan menyerupai wajah Zairil dan Dyana Sofea telah tersebar secara meluas di media sosial.

Zairil, bagaimanapun, menafikan bahawa lelaki dalam gambar itu adalah dirinya dan menegaskan bahawa gambar-gambar itu palsu.

Dalam posting Facebooknya, Dyana Sofya berkata gambar-gambar itu adalah serangan peribadi ketiga ke atas beliau dalam tempoh dua bulan.

Pada Khamis pula, gambar kelima pasangan menyerupai wajah dua ahli politik DAP itu muncul.

Namun, Dyana tidak menafikan perkara tersebut.

Zairil dalam masa yang sama turut meminta pihak yang membuat sebaran gambar tersebut mendapatkan kebenaran daripada isterinya berhubung perkara itu.

“Mungkin blogger itu patut tanya isteri saya terus, jika ada yang mendakwa rapat dengan isteri saya,” ujarnya lagi.

Beliau yang tetap menafikan perkara tersebut turut menjelaskan, ia bukan perkara mudah menjadi pemimpin DAP kerana banyak pihak yang tidak menyenangi keadaan beliau sebagai orang Melayu Islam yang dilihat menyertai parti rasis tersebut.

“Sudah jelas, mereka ialah orang yang mahu menjatuhkan saya, karakter saya. Ia pembunuhan karakter. Memang jelas, ia dilakukan musuh politik. Adakah saya secara peribadi kenal siapa mereka? Tidak, saya tidak tahu. Motifnya ialah untuk merosakkan imej dan menjatuhkan saya serta parti.

“Kami berbincang mengenai gambar itu. Biasanya, kami ketawa saja. Apa lagi yang boleh kami buat kan?” soalnya.

Mengulas lanjut mengenai hubungan beliau bersama Dyana, Zairil berkata mereka hanya mempunyai hubungan profesional yang baik dan bekerja lebih rapat sebelum Dyana ke United Kingdom bagi menyambung pelajaran selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) di Teluk Intan.

“Selepas itu, kebanyakan masanya dia di Teluk Intan. Kami kurang berkomunikasi, walaupun mengenai kerja,” ujarnya.

Share This:




Berita Bertarikh pada 21 April 2017 1:38 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]