Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Isteri wakil rakyat berperanan kuatkan sokongan terhadap suami

23 NOV: Isteri kepada wakil rakyat seluruh negara perlu memperkuatkan peranan sokongan mereka terhadap suami mereka, sebagai pemimpin masyarakat dan negara.

Selain itu, isteri bekas wakil rakyat masih boleh meneruskan interaksi dengan isteri wakil rakyat menerusi badan amal sedia ada.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kekuatan isteri wakil rakyat dan bekas wakil rakyat inilah yang sentiasa akan memberi sokongan kepada suami masing-masing.

“Hakikat setiap kali pilihan raya, hampir pasti sekurang-kurangnya 30 peratus muka (wakil rakyat) baharu. Walaupun suami tidak lagi menjadi wakil rakyat, undang-undang tubuh badan amal ini masih mengizinkan untuk isteri menjadi ahli.

“Saya harapkan mereka (isteri yang suami tidak lagi wakil rakyat) terus datang ke majlis dan temasya (badan amal ini) bagi meneruskan interaksi yang wujud dalam kalangan mereka bukan sahaja untuk memberikan kekuatan kepada mereka), tetapi lebih penting sebagai pemangkin kepada kekuatan sokongan terhadap suami masing-masing,” katanya di Ayer Keroh, hari ini.

Ahmad Zahid berucap merasmikan Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia 2017 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh.

Hadir sama Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata sejak Rosmah menerajui Bakti, banyak perubahan yang dilakukan beliau dan pelbagai aktiviti dianjurkan yang memperlihatkan kekuatan serta semangat isteri perdana menteri.

“Mengendalikan majlis atau temasya seperti ini tentu ada tulang belakang yang jadi tunggak kepada kejayaan sesuatu temasya atau organisasi… dari jauh dan dekat saya meneliti aktiviti dilakukan,” katanya.

Beliau berkata selain tulang belakang atau pemimpin yang hebat, sesuatu organisasi itu perlu mempunyai struktur yang tersusun bagi memastikan ia mampu mencapai kejayaan dalam setiap yang dilakukan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 November 2017 1:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: