Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Isu Baitulmaqdis tidak jejas kerjasama dengan AS

9 DIS: Meskipun Malaysia menjalinkan pelbagai kerjasama perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS), tetapi tidak bermakna Malaysia akan tunduk untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara baharu bagi Israel.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Malaysia tetap berpegang teguh dengan prinsip untuk menolak perkara yang boleh mencemarkan maruah Islam khususnya melibatkan kedaulatan bandar ketiga suci Islam itu.

“Malaysia boleh berkerjasama dengan AS dalam aspek lain tapi bukan dalam isu Baitul Maqdis tetapi soal prinsip Malaysia tetap pendirian.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Bendahari UMNO Datuk Seri Salleh Said Keruak mengangkat tangan selepas selesai sidang media Perhimpunan Agung UMNO Ke-70 di PWTC

“Ia bertentangan dengan kedaulatan dan bertentangan dengan PBB. Ini menjadikan semakin sulit penyelesaian kedamaian dua negara disamping membawa kepada ketegangan dan mungkin pertumpahan darah yang serius dan dahsyat kalau tak dibendung dengan sesuatu langkah,” katanya dalam sidang media sejurus selesai berucap selepas menggulung perbahasan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017, di PWTC, Sabtu.

Menurutnya, isu berkenaan perlu diselesaikan segera secara rundingan diplomasi dan berharap tidak tercetus peperangan di rantau itu.

“Bukan sahaja negara Islam membantah perkara tersebut, malah negara bukan Islam menentangnya.

“Saya berharap isu BaitulMaqdis tidak sampai ke tahap menggunakan strategi ketenteraan. Harap boleh gunakan strategi diplomasi dan rundingan sahaja,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai penerimaan usul untuk membenarkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan UMNO tahun hadapan, Najib berkata ia adalah kehendak perwakilan dan sah menerusi perlembagaan parti itu.

Gelagat Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media selepas selesai sesi pergulungan pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-70 di PWTC

“Ya ia mengikut perlembagaan UMNO.

“Percalonan baru akan terbatal mengikut usul yang diluluska perlembagaan.

“Cumanya akan ada percalonan untuk Naib Presiden dan saya harap dan kita akan bantu Datuk Seri Hishammuddin mendapat undi tertinggi,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 December 2017 7:06 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: