Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Isu calon PRU MCA tidak perlu dihebah

13 JAN: MCA tidak membincangkan isu calonnya pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 menerusi media memandangkan perkara itu adalah isu dalaman parti, kata Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Bagaimanapun, beliau menuntut setiap ahli MCA, sama ada yang terpilih sebagai calon ataupun tidak memberikan komitmen penuh bagi menghadapi PRU yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

“Saya tidak akan bincangkan isu calon MCA di media kerana isu calon saya berbincang dengan Perdana Menteri Najib Razak sahaja dan ini adalah isu dalaman parti dan saya rasa memang tidak patut diuar-uarkan melalui surat khabar.

“MCA kini dalam persiapan yang terbaik dan calon-calon tidak boleh dijadikan satu isu, maka MCA sebagai sebuah parti perlu bekerja keras untuk parti, untuk rakyat dalam negara ini,” katanya selepas menyerahkan ‘Pride of Workmanship Awards’ oleh Rotary Club kepada 66 pekerja KTM Berhad di Kuala Lumpur, Sabtu.

Menteri Pengangkutan itu berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi bahawa Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan tidak akan bertanding pada PRU14.

Mengulas lanjut, Tiong Lai berkata MCA sudah menyerahkan senarai calonnya kepada Najib selaku Pengerusi BN yang menampilkan lebih 50 peratus muka baharu termasuk orang muda yang diyakini bakal membantu kemenangan MCA.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 January 2018 6:23 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: