Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Isu gaji ADUN Selangor: PR pusing 360 darjah

3 DIS: Panas punggung dengan kritikan pelbagai pihak berhubung isu kenaikan gaji Menteri Besar (MB), Speaker, Timbalan Speaker, Ahli Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor sehingga 373 peratus, Pakatan Rakyat hari ini mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengkaji semula kenaikan berkenaan.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden di Bangunan Parlimen, Selasa.

TERLALU TINGGI...Anwar Ibrahim gesa Khalid Ibrahim kaji semula kadar kenaikan gaji wakil rakyat Selangor.

TERLALU TINGGI…Anwar Ibrahim gesa Khalid Ibrahim kaji semula kadar kenaikan gaji wakil rakyat Selangor.

“Amaun (elaun) harus diturunkan. Kita akan biarkan MB dan kerajaan negeri untuk putuskan. Tetapi kami rasa ianya perlu dilakukan sebelum tahun depan,” kata ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Perkembangan terbaru ini pastinya memberi tekanan kepada Khalid yang sebelum bertegas tidak akan menurunkan kadar kenaikan yang sudah diumum atas alasan ia sudah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kenaikan yang akan berkuatkuasa 1 Januari depan telah dibentangkan oleh Khalid di DUN Selangor pada 27 Oktober lalu dan dipersetujui sebulat suara oleh semua ADUN Selangor.

Keputusan menaikkan gaji itu telah mencetuskan reaksi negatif daripada pelbagai pihak termasuk Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor yang diketuai oleh ADUN PKR Bukit Angtarabangsa Azmin Ali yang menganggap ianya terlalu tinggi.

“Saya mencadangkan kenaikkan elaun ini ditangguhkan dan dikaji semula supaya kadarnya lebih munasabah dan memberikan penjelasan kepada rakyat keperluan kenaikkan ini.

“Kita tidak menolak keperluan untuk menaikkan gaji tetapi apa yang diputuskan oleh kerajaan negeri bagi BBC terlalu tinggi dan kita tuntut penjelasan daripada kerajaan negeri,” kata Azmin.

Sebelum ini, bagi meredakan kritikkan terhadap Khalid, Anwar mengarahkan semua ADUN PKR di Selangor menderma antara RM1,000 atau sehingga 20 peratus daripada gaji baru mereka untuk membantu pelajar miskin.

Anwar berkata walaupun Khalid telah memberi penjelasan kenapa kadar kenaikan gaji wakil rakyat negeri itu begitu tinggi, PKR tetap mengambil tindakan susulan mendesak ia dikaji semula.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 December 2013 6:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: