Kategori Berita Utama

Isu GiatMara: Jika jujur keluarkan surat baru

16 JAN: Jika kerajaan negeri Selangor benar-benar jujur mahu menyelesaikan isu Pusat GiatMara Selayang yang diarah berpindah dalam tempoh 12 bulan, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim perlu memastikan satu surat baharu dikeluarkan kepada pihak pengurusan pusat berkenaan.

Surat baharu itu perlu menyatakan dengan jelas syarat yang disebut oleh Abdul Khalid pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pada Rabu bahawa Pusat GiatMara berkenaan diberikan tempooh setahun untuk meningkatkan prasarana, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, Khamis.

Ini kerana kenyataan Abdul Khalid semalam bercanggah dengan kandungan surat yang diterima oleh pihak pengurusan pusat latihan berkenaan daripada Pejabat Tanah dan Daerah Gombak yang dikeluarkan berdasarkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

NOH Omar memegang salinan surat asal yang diterima oleh Pusat GiatMara Selayang daripada Pejabat Tanah dan Daerah Gombak dan mendesak Abdul Khalid mengeluarkan surat baharu untuk memansuhkan surat lama itu bagi membuktikan keikhlasan beliau.

NOH Omar memegang salinan surat asal yang diterima oleh Pusat GiatMara Selayang daripada Pejabat Tanah dan Daerah Gombak dan mendesak Abdul Khalid mengeluarkan surat baharu untuk memansuhkan surat lama itu bagi membuktikan keikhlasan beliau.

“Dalam surat tersebut tidak dinyatakan Pusat Giat MARA perlu menambahbaik prasarana dan latihan dan kerajaan negeri akan mengambil alih tanah tersebut jika pusat pendidikan tersebut gagal berbuat demikian.

“Jika betul, kerajaan negeri seharusnya mengeluarkan surat baru dan memberi jaminan Pusat Giat MARA akan terus beroperasi jika mampu menunaikan syarat seperti yang ditetapkan,” kata Noh beliau dalam sidang media di pejabat Unit Koordinasi Pusat (ICU) Selangor.

“Saya rasa demi pembangunan pendidikan anak Selangor, pihak MARA tidak mempunyai masalah untuk menunaikan syarat tersebut (meningkatkan prasarana),” tambah Noh.

Menurut ahli Parlimen Tanjong Karang itu, Khalid jelas seolah membuat keputusan tanpa mengetahui apa yang sebenarnya terjadi di bawah.

“Keputusan mana yang perlu digunapakai, hasil mesyuarat Exco awal November tahun lalu atau yang terbaru yang memberi peluang kepada Pusat GiatMara?” soal Noh.

Menurut Noh lagi, Pusat GiatMara  Selayang itu tidak wajar ditutup kerana Pusat Giat MARA Merbau Berdarah, di Sabak Bernam yang telah ditutup sebelum ini pun gagal diusahakan oleh kerajaan negeri Selangor dan bangunan tersebut kini terbengkalai.

“Kerajaan negeri Selangor seperti alergik dengan MARA kerana MARA membantu memberikan kemahiran kepada pelajar bumiputera yang tercicir dari segi pelajaran.

“Giat MARA sekarang ini tidak seperti ada pelajar yang sudah berjaya melanjut pelajaran sehingga keperingkat PhD dan ada juga yang sudah ke luar negara,” kata Noh.

Sementara itu ketika diminta mengulas kemelut pertembungan Azmin Ali dan Abdul Khalid, Noh menyifat ianya adalah lakonan drama yang telah disusun skripnya.

Jelas beliau, PKR sebenarnya hanya cuba menonjolkan bagaimana mereka kononnya boleh saling tegur-menegur dalam satu parti dan tidak seperti Barisan Nasional (BN) di mana pemimpin hanya mendengar arahan pucuk pimpinan sahaja.

“Ini adalah drama minggu ini yang telah pun bermula dalam PKR bagi 2014. Pergaduhan Azmin-Khalid adalah lakonan. PKR banyak drama. Ada skrip, penulis skrip, pengarahnya pun dah ada. Mereka ini pelakon sahaja,” kata Noh yang menganggap Anwar sebagai pengarah drama tersebut. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 January 2014 3:40 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: