Kategori Berita GSTBerita Utama

Isu GST bergema di perbahasan…

Seperti diduga isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST)  telah menjadi fokus perbahasan hari pertama Rang Undang-Undang Perbekalan 2014, di Dewan Rakyat Isnin.

Sekalipun GST sudah digunapakai di 160 buah negara kerana ia sistem percukaian yang terbaik namun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) dan Lim Guan Eng ( Bagan) cuba beri gambaran suram mengenainya dalam hujah mereka.

Ahli BNBBC yang  berbahas terpaksa menangkis putarbelit fakta mengenainya yang diketahui tidak lebih dari usaha pembangkang untuk cetuskan kebencian rakyat pada kerajaan.

bung3Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dalam nada biasa beliau yang mengegarkan sidang membelasah sikap wakil rakyat pembangkang yang cuba beri gambaran buruk pada usaha baik kerajaan.

Beliau berkata pelaksanaan GST merupakan strategi dalam menyusun semula sistem percukaian yang lebih komprehensif, telus, mesra perniagaan dan berupaya menjana punca pendapatan yang lebih stabil.

Jelasnya, cukai jualan dan perkhidmatan yang diperkenalkan pada tahun 1972 serta 1975 mempunyai cukai berganda ke atas pengguna, ketiadaan pelepasan cukai ke atas barang yang di eksport selain wujud isu pemindahan harga.

“Pelaksanaan GST ini adalah satu perubahan penting dalam perbelanjaan berbanding cukai sedia ada sekarang demi kepentingan jangka panjang negara kerana GST mempunyai asas (percukaian) yang luas untuk pertumbuhan ekonomi dan ia diakui sendiri pakar ekonomi,” katanya.

Bahkan katanya rakyat sendiri juga sedar bahawa cukai GST jauh lebih adil berbanding cukai jualan yang dikenakan sebelum ini yang ditetapkan pada kadar (lima hingga enam peratus) dan perkhidmatan (10 peratus).

“Kajian mendalam dibuat sebelum GST dilaksanakan dengan mengambil kira pelaksanaannya di 160 negara lain,” katanya.

Ahli Parlimen Ayer Hitam Datuk Dr Wee Ka Siong ketika membangkitkan isu sama mahu kerajaan memberi justifikasi mengapa kadar enam peratus agar tiada pihak boleh memutar belit fakta berhubung pelaksanaan cukai baharu itu.

Beliau turut menekankan kepentingan memberi penerangan yang jelas dan penyampaian maklumat tepat, selain menyarankan portal khas diwujudkan bagi memudahkan masyarakat membuat rujukan mengenai barangan yang dikenakan atau dikecualikan cukai itu.

Sementara itu di luar dewan kalangan Ahli Parlimen BN yang ditemui wartawan di lobi Parlimen mendesak pembangkang tidak terus mengelirukan rakyat dengan isu GST.

reezal-mericanDatuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas) berkata pembangkang seolah-olah ‘menangguk air di sungai yang keruh’ apabila kerap memutarkan isu GST semasa musim pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau.

“GST adalah mekanisme yang lebih adil kerana jika ada pihak yang sebelum ini mengelak untuk membayar cukai, mereka kini perlu juga membayar enam peratus cukai kepada kerajaan, dan pendapatan itu akan disalurkan semula kepada rakyat seperti program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atau rasionalisasi subsidi,” katanya.

Reezal Merican berkata kerajaan tidak pernah berhasrat menekan rakyat menerusi cukai, malah bersedia untuk memberikan tempoh pelaksanaannya sehingga 1 April 2015.

Ahli Parlimen Kangar Shaharuddin Ismail berkata pembangkang hanya berani menabur dakyah negatif mengenai GST di kawasan luar bandar memandangkan masyarakat di kawasan bandar tidak mudah ‘termakan’ dengan dakwaan mereka.

Justeru, bagi menangkis ‘serangan’ pembangkang dalam isu GST, Shaharuddin mencadangkan semua anggota Parlimen BN memainkan peranan untuk memberi penerangan sebetul-betulnya kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah) yang juga Ketua Puteri Umno berkata pihaknya akan mengkaji dan memahami isu GST sedalam-dalamnya untuk menangkis helah pembangkang terhadap rakyat.-28/10/2013

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 October 2013 11:09 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: