Kategori Berita Utama

Isu jawatan peg. perubatan: Mesyuarat Kabinet putuskan esok

4 JULAI: Jawatan tetap dan kontrak dalam sektor kesihatan dan perubatan unik dan berbeza berbanding perjawatan lain.

Lantaran itu menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, syarat lantikan pegawai perubatan secara kontrak berbeza dengan syarat lantikan pegawai perubatan tetap dan kakitangan awam yang lain.

“Dalam perkhidmatan awam ada banyak jenis lantikan secara kontrak.

“Dalam perkhidmatan awam, syarat lulus Bahasa Melayu (BM) itu adalah wajib bagi jawatan tetap dan untuk perjawatan kontrak ada banyak jenis, malah kita juga ada mengambil doktor perubatan dari pelbagai negara,” jelasnya.

Beliau berkata kepada media selepas melancarkan Pameran Diplomasi @60 Dahulu dan Sekarang anjuran Kementerian Luar Negeri di Muzium Negara, Selasa.

Turut mengiringi Ali ialah Ketua Pengarah Muzium Negara, Datuk Kamarul Baharin A Kassim; dan  Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala Kememterian Luar Negeri Raja Nushirwan Zainal Abidin

Apa pun, Ali meminta semua pihak menunggu hasil mesyuarat kabinet esok.

“Jadi, mengenai keperluan atau syarat lulus Bahasa Melayu bagi pegawai kontrak ini, kita akan dapat jawapannya selepas Mesyuarat Kabinet, esok.

“Mungkin ada salah tafsiran mengenai perkara ini, jadi kita tunggu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terangkan perkara ini kepada mesyuarat Kabinet,”

Kenyataan Ali itu susulan isu kelonggaran syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu peringkat SPM untuk pengambilan pegawai perubatan Gred UD41 secara kontrak.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 July 2017 9:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: