Kategori Berita Utama

Isu JKKKP: Duit dari Pusat tetapi MB cerita macam negeri punya

20 Nov: Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar menghangatkan sidang Dewan Rakyat pada Rabu dengan mempertahankan peranan  Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) bagi membantu rakyat di negeri dikuasai pembangkang.

Katanya, rakyat perlu tahu duit siapa diperuntukkan bagi membangunkan projek-projek di kawasan Barisan Nasional (BN) jadi pembangkang termasuk di Selangor.

Menurut Noh, ada kes peruntukkan JKKKP yang diberikan kerajaan Pusat lebih besar daripada disediakan kerajaan negeri.

jkkkp“Tetapi Menteri Besar buat kenyataan macam duit kerajaan negeri  (digunakan) untuk projek tersebut. Sebab itu saya sokong JKKKP di Selangor mesti ujud supaya peruntukan Pusat sampai kepada rakyat dan mereka tahu duit itu dari siapa,” katanya membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014, peringkat jawatankuasa Kementerian Luar Bandar dan Wilayah di Dewan Rakyat, hari ini.

Noh menegaskan, dengan adanya JKKKP, peruntukkan dan bantuan kepada rakyat dapat disalurkan dengan cara betul.

“Kita nak pastikan peruntukan Pusat  sampai kepada  rakyat. Kita akan tanya (rakyat) bantuan untuk apa, kalau berkaitan kerajaan dan agensi Pusat, boleh melalui JKKKP. Kalau berkaitan kerajan negeri mereka boleh berjumpa JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) yang diujudkan kerajaan negeri,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap pembangkang tidak mempolitikkan isu tugas JKKK dengan JKKKP.

Katanya, dengan ada JKKKP, bermakna ada pegawai persekutuan untuk melaksanakan projek atau bantuan kepada rakyat.

Beliau juga membidas kerajaan Selangor kerana turut melantik 12 penyelaras di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) nohomaryang dimenangi Barisan Nasional dengan membayar gaji menggunakan duit rakyat yang tidak memilih mereka.

“Pakatan Rakyat Selangor jangan nak menipu rakyat. Ini bayar penasihat ekonomi guna duit rakyat. Saya juga ada maklumat masa Konvensyen PKR dulu pun guna duit rakyat,” sindirnya. -20/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 November 2013 4:34 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: