Kategori Berita Utama

Isu kalimah Allah: Patuhi keputusan mahkamah dan titah Sultan – Hisham

3 JAN: Semua pihak perlu berhenti memppolemikkan dan mempolitikkan isu larangan penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam sebaliknya akur dan menghormati keputusan mahkamah Rayuan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri ishamuddin Tun Hussein, pada Jumaat.

Hishamuddin berkata, keengganan segelintir puak tertentu menerima keputusan mahkamah berhubung isu itu, sebaliknya seolah menanam perasaan benci dan mewujudkan perpecahan, dan itu dikhuatiri boleh menyebabkan negara menjadi huru-hara.

“Mahkamah telah buat keputusan, jadi kita kena akur kepada keputusan yang dibuat. Jangan dipolemikkan atau dipolitikkan isu itu, kalau tidak huru hara negara kita,” katanya.

Hisham Himpunan bulanan Mindef 3 Jan

Hisham bersalaman dengan pegawai tentera yang menerima diploma Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) 33/2013 di Dewan Trisakti Maktab Pertahanan Angkatan Tentera, Kuala Lumpur Jumaat.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan dan penyampaian diploma Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) 33/2013 kepada 40 pegawai tentera, di Dewan Trisakti Maktab Pertahanan Angkatan Tentera, Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengarang majalah Herald-The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew bahawa gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya.

Kenyataan Andrew bukan sahaja menghina keputusan Mahkamah Rayuan, malahan turut bercanggah dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 14 Disember lalu.

Sultan Sharafuddin antara lain menegaskan, semua rakyat, khasnya di Selangor, tanpa mengira kaum dan latar belakang, perlu akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seperti yang tertakluk mengikut peruntukan Seksyen 9, Bahagian 1, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Oktober lalu, Mahkamah Rayuan membuat keputusan melarang penerbitan majalah mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu selepas merumuskan penggunaan kalimah ‘Allah’ bukan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 January 2014 3:57 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: