Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Isu kenaikan harga: KPDNKK lancar operasi lagi

20 JAN: Ops Harga 2014 dilancarkan secara serentak di seluruh negara mulai Isnin bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan dengan fokus operasi ialah memeriksa tanda harga, harga barangan serta timbangan dan sukatan.

Operasi itu dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ditengah-tengah kemelut isu kenaikan harga barangan serta  peningkatan kos sara hidup yang hangat diperkatakan sekarang.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, operasi itu membabitkan kita-kira 1,800 pegawai penguatkuasa kementerian dan 1,200 pegawai pemantau harga.

 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek menunjukkan notis tunjuk sebab yang dikeluarkan KPDNKK kepada peniaga yang gagal meletakkan tanda harga ketika membuat pemantauan Ops Harga 2014 di Pasar Besar Seremban pada Isnin.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek menunjukkan notis tunjuk sebab yang dikeluarkan KPDNKK kepada peniaga yang gagal meletakkan tanda harga ketika membuat pemantauan Ops Harga 2014 di Pasar Besar Seremban pada Isnin.

“Tumpuan premis niaga yang diperiksa dalam operasi ini ialah pasar basah, kedai runcit dan restoran,” kata Hasan selepas melancarkan Ops Harga 2014 di Pasar Seremban hari ini.

Beliau berkata, operasi akan diadakan setiap hari, sekaligus menunjukkan keseriusan kerajaan menangani penyelewengan di kalangan sesetengah peniaga tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini dalam tempoh dua minggu pertama Januari, penguatkuasa KPDNKK mengesann sebanyak 147 kesalahan dikesan membabitkan pemborong dan peruncit dengan nilai rampasan sebanyak RM16,834 menerusi Ops Harga 2 yang juga dijalankan di seluruh negara.

Jumlah kompaun dikeluarkan pula adalah sebanyak RM21,050, kebanyakannya kes melibatkan kesalahan tidak mempamerkan tanda harga dan kesalahan mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972.

Premis yang dikenakan notis perlu mengemukakan sebab mengapa mereka tidak meletakkan tanda harga dan bukti harga jualan.

Siri operasi ini dilancarkan ketika KPDNKK kini berdepan tekanan dari segenap penjuru berhubung isu kenaikan harga barangan.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 January 2014 2:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: