Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Isu khutbah: Chong Eng senjaga cari pasal- JAKIM

12 FEB: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyifatkan Ketua Wanita DAP, Chong Eng yang mengkritik khutbah Jumaat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung aurat wanita pada minggu lalu sengaja membangkitkan isu berkenaan kerana beliau sudah kekeringan idea.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha berkata, tindakan Chong Eng itu dilihat memberi kepentingan kepadanya dari segi politik.

“Dari segi tindakan pula, semuanya terletak di bawah negeri. Maknanya jabatan agama di setiap negeri yang mempunyai bidang kuasa,” katanya.

chong eng khutbahBeliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Multaqa Imam, Jawatankuasa Masjid Guru Kafa dan Guru Takmir negeri Pahang pada Khamis.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohammad Noor Abdul Rani.

Chong Eng yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang mengeluarkan kenyataan mengkritik JAIS yang didakwanya menyampaikan maklumat mengelirukan berhubung aurat wanita dalam khutbah Jumaat bertajuk Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri.

Beliau mendakwa, penekanan JAIS mengenai aurat wanita adalah tidak tepat apabila dilihat ‘menghukum’ golongan tersebut atas kegagalan menutup aurat sehingga menyumbang kepada kes serangan seksual.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2015 6:59 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: