Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Isu kos sara hidup naik lebih penting daripada isu kalimah Allah-Presiden PAS

4 JAN: Walaupun keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu jelas menunjukkan kemerosotan sokongan Melayu terhadap parti yang kononnya memperjuangkan Islam, nampak gayanya PAS tidak mengambil ikhtbar daripada pengajaran yang diterima.

Orang Melayu tidak menyokong PAS kerana merasakan PAS tidak lagi membela Melayu Islam dan hanya berdiam diri apabila pemimpin rakan pakatan mereka terutamanya DAP memperlekeh Islam dan orang Melayu.

isu-kalimah-kerja-umno

Sikap pemimpin-pemimpin mereka juga tidak lagi mencerminkan sebagai seorang Islam dan sering mengeluarkan kata-kata kesat atau memaki hamun pihak lain. Dalam isu penggunaan kalimah Allah, sebagai parti Islam seharusnya PAS lebih kehadapan berdepan dengan isu ini.

Sebaliknya, Presiden PAS Dato Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan provokasi pihak-pihak tertentu dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sebaliknya kembali fokus kepada isu kenaikkan kos sara hidup.

Menurut Abdul Hadi, PAS mengambil perhatian serius terhadap cadangan sesetengah pihak yang mahu berdemonstrasi di hadapan gereja tertentu di Selangor pada Ahad 5 Januari.

“PAS mengingatkan umat Islam supaya ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat adalah perlu menjadi keutamaan terutamanya dalam negara kita yang berbilang bangsa dan agama ini.

“PAS juga merasa sangat dukacita sekiranya isu ini diperhangatkan sehingga rakyat lupa kepada masalah keperitan hidup angkara kenaikan harga barang pada tahun 2014 ini,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan, Sabtu.

Maka tidak peliklah Abdul Hadi hanya mendiamkan diri apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor meminta Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) atau Enakmen 1988 dipinda untuk memastikan hak bukan Islam terjaga.

Pas bercanggah isu Kalimah Allah

Apa akan jadi terhadap nasib masyarakat Melayu Islam sekiranya cadangan pindaan itu dibawa dan diluluskan dalam sidang Dewan Negeri Selangor akan datang?

Menurut ahli Parlimen Marang itu,Adakah umat Islam terjamin bebas daripada sebarang usaha untuk dipengaruhi oleh agama bukan Islam?

isu penggunaan kalimah Allah ini perlu disantuni dengan ilmu Islam, berdasarkan disiplin ilmu yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah dan bukannya menerusi kekerasan apatah lagi menggunakan undang–undang yang dipaksakan semata–mata.

“Pendekatan berhujah dengan ilmu perlu lebih diutamakan dalam memberikan kefahaman kepada anggota masyarakat, terutamanya kepada masyarakat yang bukan beragama Islam,” ujarnya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 January 2014 9:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: