Kategori Berita Utama

Caci Ustaz Kazim: Jawapan PAS tidak Islamik

3 DIS: Ego, bongkak dan sombong – itu tiga perkataan yang sesuai bagi menggambarkan cara PAS menjawap soalan wartawan BNBBC.MY yang cuba mendapatkan komen mengenai kenyataan pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias yang sedih serta kesal dengan sikap pemimpin dan ahli parti yang sering mencela beliau.

Terbaru pada Isnin, Kazim mempersoalkan sikap pemimpin dan penyokong PAS yang disifatkan tidak selari dengan ajaran syariat Islam menghamburkan pelbagai kata-kata keji terhadapnya setelah beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO oleh Presiden parti itu pada Jumaat walaupun beliau belum mengumumkan sama ada menerima lantikan itu atau sebaliknya.

"Kazim ni kita tak pandang sangatlah" - Idris Ahmad, AJK PAS PUSAT

“Kazim ni kita tak pandang sangatlah” – Idris Ahmad, AJK PAS PUSAT

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Idris Ahmad ketika diminta mengulas kenyataan Kazim tidak menyentuh mengenai sikap pemimpin dan penyokong PAS yang tidak Islamik, sebaliknya beliau juga turut mengutuk Kazim.

“Dia banyak masalah, tetapi kita tak perlu nak ceritalah masalah sebelum ini,” ujar Idris yang juga Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang .

Idris tetap mempertahankan pendirian parti itu yang menyifatkan Kazim sebagai kambing yang akan dibaham serigala selain memandang rendah kewibawaan Kazim dengan tetap menjangka pendakwah terkemuka itu bakal hanyut sama seperti ulama PAS lain yang menyertai UMNO.

“Ustaz Kazim kita tak pandang sangat, kerana pada kita orang yang lebih hebat dari Ustaz Kazim pun banyak dengan UMNO akan hanyut.”

“Ustaz Nakhaei (dahulu sebagai) Ahli Majlis Syura, Ustaz Kazim tidak ada apa-apa, Ustaz Nakhaei orang yang bijak orang yang intelektual dan seorang ulama, seorang penulis yang baik, kita tengok sekarang pun beliau ke mana sahaja?” katanya.

Ironinya walaupun dikatakan tidak dipandang sehebat ulama lain, Kazim dianggap sebagai ancaman yang dikatakan mampu menggugat kestabilan PAS.

Menurut Idris, cara pemikiran Kazim dari awal sudah dilihat menyamai pemikiran UMNO sekaligus menjadikan segala tindakannya dilihat menggugat parti dan dasar perjuangan PAS.

“Ustaz Kazim ini sebenarnya fikiran dia memang pun sudah macam UMNO sebelum ini, cuma dia hanya claim (mendakwa sebagai) pendakwah dan dia bersama orang PAS” katanya.

Namun cerita Idris selanjutnya jelas membuktikan PAS tidak boleh ditegur, malah rela mengenepikan ilmu agama pada Kazim demi mengutamakan fahaman politik sempit mereka.

“Pengalaman saya sendiri, dia pernah mengajar di surau kampung saya di Kampung Sungai Petai, Bukti Gantang dengan pihak jawatankuasa di sana telah pun menamatkan pengajiannya oleh kerana tindakan-tindakan di dalam kuliah pada ketika itu, nampak macam merugikan dari segi perjuangan.”

“Saya beritahu kalau awak nak buat teguran tidak ada masalah, sebab yang datang ke pengajian ini umum, tetapi beliau bertindak dengan kenyataan-kenyataan yang meruntuhkan perjuangan.

Sebelum itu, cubaan wartawan BNBBC.MY mendapatkan komen Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang berhubung isu Kazim gagal kerana tidak dilayan Hadi.

“Tak payahlah. Saya tak perlu komen, ini perkara kecil,” katanya sambil berlalu memasuki lif di lobi Parlimen.-bnbbc.my

"Isu itu kecil. Tak payahlah saya ulas," kata Hadi Awang enggan melayan soalan BNBBC.MY

“Isu itu kecil. Tak payahlah saya ulas,” kata Hadi Awang enggan melayan soalan BNBBC.MY

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 December 2013 4:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: