Kategori Berita Utama

Kes ‘pemecatan’ Azmin, 22 staff PHSB disiasat SELCAT

20 FEB: Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) memutuskan mengadakan pendengaran awam bagi menyiasat isu berhubung kontroversi babitkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Pengerusi SELCAT dan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh berkata, untuk tujuan itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim adalah antara yang akan dipanggil sebagai saksi utama.

Pendengaran SELCAT itu akan meneliti isu kontroversi “pemecatan” Azmin sebagai ahli lembaga pengarah PKNS dan juga kes 22 lagi kakitangan anak syarikat PKNS, PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB) baru-baru itu.

Pengengaran awam kes berkenaan akan diadakan pada 25 dan 26 Mac depan, iaitu dua hari selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang ditandingi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.-bnbbc.my

KHALID-AZMIN

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 February 2014 5:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: