Kategori Berita Utama

Azmin mula dapat simpati, RPK dakwa ‘character assassination’

23 JAN: Jika pada awal pagi Rabu Azmin Ali yang mungkin tertekan akibat konfrantasinya dengan Menteri Besar Selangor yang makin meruncing melampiaskan kemarahan dengan menegur bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali di laman Twittter miliknya, namun pada sebelah petang Ahli Parlimen PKR Gombak itu mungkin agak ceria.

Ini kerana strategi Khalid seolah mahu cuci tangan dalam drama penguguran beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memakan diri apabila dokumen yang didedahkan hanya membuktikan Khalid sebenarnya adalah ‘penulis skrip’, ‘pengarah’ dan ‘penerbit’ dalam drama berkenaan.

Azmin retweet NonTrollBabaAzmin, Pengerusi PKR Selangor kini semakin dipercayai ramai pihak menjadi mangsa percaturan politik seterunya iaitu Khalid yang ‘menyalahguna kuasa’ selaku Menteri Besar dan Pengerusi PKNS untuk menyingkirkan beliau.

Sebaik semua dokumen berkaitan isu pemecatan beliau dari PKNS tersebar, Azmin menerima ucapan atau komen bersimpati serta sokongan di laman-laman sosial, blog serta portal berita di internet, termasuk di laman Twitter miliknya.

Manakala ‘musuh dalam selimut’ beliau iaitu Khalid pula menerima kecaman dan dikutuk banyak pihak, termasuk penulis blog kontroversi Raja Petra Kammaruddin (RPK).

Beliau menyatakan tindakan terhadap Pengurus Besar PKNS Datuk Othman Omar dan Setiausaha Kerja Norita Mohd Sidek adalah penganiayaan.

Dalam pada itu, Azmin yang berpendapat ada yang menyokong terhadapnya ‘re-tweet‘ semua komen-komen yang bersimpati atau menyokong beliau dan menghentam Khalid, berbanding pada sebelah awal pagi apabila membuat teguran keras kepada Syed Husin supaya tidak mencampuri urusan pemecatannya daripada PKNS.

Teori baru RPKNamun perkembangan plot terbaru drama ‘Khalid, Azmin dan PKNS’ itu mengundang teori baru daripada ‘raja spin‘ RPK.

Dalam kolum ‘Corridors Of Power‘ portal berita Malaysia Today RPK menulis, beliau nampak yang tersirat di sebalik ‘surat’ atau dokumen yang didedahkan oleh Khalid ialah Azmin sendiri yang merancang pemecatannya dari PKNS.

Beliau membuat hipotesis atau andaian bahawa Azmin berbuat demikan bagi meraih simpati dengan membuat orang ramai melihatnya sebagai mangsa politik kotor Khalid.

Tindakan Azmin itu dalam dunia politik dikenali sebagai ‘character assassination‘ di mana perwatakan baik musuhnya Khalid dimusnahkan melalui pendedahan seberapa banyak yang boleh sikap-sikap jelek, kelemahan, salah laku dan apa juga yang boleh menimbulkan kebencian terhadapnya.

Dengan cara itu, kata RPK, Azmin berharap kedudukan Khalid sebagai menteri besar akan goyah dan seterusnya cabaran Khalid dalam pemilihan kepimpinan parti PKR yang dijangka dilangsungkan pada Mei nanti dapat dihapuskan lebih awal.

Justeru di sebalik ramai yang ketika ini menganggap Khalid Ibrahim memang ‘mastermind‘ atau perancang utama usaha menyingkir Azmin, RPK pula berhujah bahawa Azmin adalah seorang yang cerdik dan telah mengambil langkah politik yang bijak-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 January 2014 8:08 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: