Kategori Berita Utama

Isu Penan didalangi bekas calon PKR Hulu Rajang

26 NOV: Ahli Parlimen Hulu Rajang, Wilson Ugak Kumbong mendedahkan kehadiran masyarakat Penan ke Kuala Lumpur minggu lalu didalangi bekas calon PKR Hulu Rajang, Abun Sui dari suku kaum Kenyah.

Wilson berkata, Abun Sui membawa sekumpulan kira-kira 10 kaum Penan kononnya untuk membantah tindakan keras polis mematahkan hadangan yang dinaikkan di Empangan Murum sebagai bantahan menghalang kerajaan negeri Sarawak membina empangan di tanah adat mereka.

“Saya terkejut Abun Sui bawa mereka datang ke Kuala Lumpur untuk menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri, Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang kononnya polis telah menangani mereka dengan kekasaran.

“Dalam Malaysia ini kita ada undang-undang, jadi polis ini jaga keselamatan. Mereka ini telah dikatakan memandai-mandai untuk membela kaum penan seramai 1415 orang di kawasan saya di Hulu Rajang,” kata beliau kepada bnbbc.my..

wilsonhulurejang

WILSON memberi penjelasan isu Penan yang dakwanya didalangi pembangkang

Menurut Wilson, hasil lawatannya ke Empangan Murum pada Oktober lalu, beliau melihat segala proses pembinaan dan perpindahan berjalan dengan lancar.

Beliau juga telah berjumpa dengan kaum Penan yang terlibat dan menasihatkan mereka sekiranya ada permasalahan yang timbul ianya harus dibincangkan secara baik dengan kerajaan negeri.

Wilson menyifatkan tuntutan pampasan RM500 ribu setiap keluarga adalah tidak munasabah kerana kerajaan telah menyediakan segala kemudahan lain termasuk memberi mereka tanah untuk mereka kerjakan.

“Sebagai perbandingan, sewaktu projek Empangan Bakun dahulu, satu keluarga telah diberi satu hektar tanah tetapi untuk kaum Penan ini satu keluarga 15 hektar. Jika mereka rajin saya ingat ia akan memberi hasil yang lumayan di masa akan datang.

“Kerajaan negeri Sarawak telah memberi pendedahan kepada suku kaum Penan supaya mereka bercucuk tanam. Sebelum itu Kementerian Pertanian juga telah memberi peruntukan untuk membantu menjayakan usaha tersebut,” jelas beliau.

Selain itu, tambah Wilson kerajaan negeri juga telah dan akan membina kemudahan seperti genset, sumber air terawat, tadika, sekolah, klinik, kedai-kedai runcit dan sebagai dalam memenuhi keperluan harian masyarakat Penan.

Oleh sebab itu, jelas beliau segala buruk sangka yang dilemparkan oleh pihak pembangkang hanya untuk menunjukkan seolah-olah kerajaan negeri tidak mempunyai perikemanusian.

“Saya tidak mahu sekumpulan Penan ini ketinggalan dari segi pembangunan. Kita mahu beri mereka pendedahan dari segi pendidikan pembangunan dan sebagainya sama seperti kaum lain yang lebih maju

“Tetapi NGO ini menggunakan kaum Penan untuk mendapat keuntungan politik,” keluh beliau.

Tambah Wilson, kerajaan negeri telah menubuhkan Murum Penan Development Community (MPDC) yang ditanggung oleh SEB (Sarawak Energy Berhad) untuk menjaga kebajikan komuniti Penan.

“Atas keprihatinan Ketua Menteri Sarawak, SEB akan memberi setiap keluarga suku kaum Penan ini RM850 setiap bulan untuk membantu mereka membeli keperluan harian mereka.

Dengar penjelasan penuh Wilson Ugak Kumbaong berhubung isu Penan di Empangan Murum dalam video berikut.-BNBBC.MY

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 November 2013 11:56 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: