Kategori Berita UtamaUncategorized

Isu penyahneraian Bernas: Anwar salah fakta

1 DIS: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini  sekali lagi menghentam kerajaan dan ahli perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary berkaitan isu penyahneraian Bernas.

Anwar mendakwa eksesais penyahneraian Bernas oleh kerajaan itu hanya bertujuan mengkayakan seorang individu tamak yang merujuk kepada Syed Mokhtar.

Anwar juga mendakwa, pada hujung 2009 Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) serta kakitangan Bernas diberi tekanan agar melepaskan 45 peratus saham yang dipegang ketika Bernas mula disenaraikan pada 18 Januari 1996 kepada syarikat milik Syed Mokhtar iaitu Gandingan Bersepadu dan Tradewinds Bhd.

bernasApa yang Anwar “lupa” ialah Bernas disenaraikan ketika beliau menjadi Menteri Kewangan dan setelah menjadi syarikat senaraian awam, jual beli saham Bernas tertakluk kepada transaksi kuasa pasaran terbuka.

Disebabkan terbuka kepada bidaan pasaran terbuka itulah pada 30 Julai 2009, sebuah syarikat pelaburan asing dari Hong Kong, Wang Tak Co. Ltd telah berjaya membeli 31.5 peratus ekuiti Bernas, dan akibatnya Wang Tak menjadi pemegang saham tunggal terbesar.

Budaya Generasi Sdn Bhd, konsortium sembilan buah syarikat tempatan (termasuk NAFAS, NEKMAT, MADA dan KADA) yang menguasai Bernas ketika mula diswastakan hanya memegang 30.8 peratus ekuiti Bernas, sekaligus menimbulkan keresahan seluruh negara yang bimbang perkara itu akan mengancam soal strategik iaitu keselamatan makanan ruji rakyat.

Ketika itu, Syed Mokhtar tampil sebagai wira apabila melalui syarikatnya Tradewinds (M) Berhad membeli 72.5 peratus pegangan ekuiti Bernas, termasuk mengambil alih semua 31.5 peratus saham daripada penguasaan syarikat asing Wang Tak pada harga RM308.4 juta.

ISMAIL Salleh, Pengarah Urusan Kumpulan Tradewinds menyampaikan taklimat mengenai penyahneraian BERNAS kepada BNBBC pada Isnin..

ISMAIL Salleh, Pengarah Urusan Kumpulan Tradewinds menyampaikan taklimat mengenai penyahneraian BERNAS kepada BNBBC baru-baru ini.

Mengenai tuduhan NAFAS, NEKMAT, MADA dan KADA ditekan agar melepaskan pegangan 35 peratus ekuiti, Pengarah Urusan Kumpulan Tradewinds, Datuk Wira Ismail Salleh dalam taklimat ahli BNBBC di Parlimen baru-baru ini berkata, keputusan itu sebenarnya dibuat oleh ahli-ahli entiti berkenaan sendiri.

Buktinya, kata Ismail, ketika tawaran untuk melepaskan ekuiti dibuat untuk kali pertama pada harga RM2.08 sesaham selepas pengambilalihan Bernas oleh Tradewinds pada 2009 berikutan isu Wang Tak, NAFAS dan NEKMAT memilih untuk tidak menjual pegangan masing-masing, manakala KADA dan MADA melepaskan saham masing-masing.

Manakala ketika tawaran pembelian ekuiti dibuat pada kali kedua awal tahun ini ekoran Notis Tawaran Pengambilalihan Bersyarat daripada Perspective Lane (M) Sdn Bhd, Kelana Ventures Sdn Bhd, Seaport Terminal (Johore) Sdn Bhd dan Acara Kreative Sdn Bhd yang membuat tawaran bersama, NAFAS dan NEKMAT tidak berada dalam kedudukan untuk menerima tawaran

Ini kerana sehingga hari terakhir tawaran pada 20 Mei 2013, NAFAS dan NEKMAT belum memperolehi kelulusan daripada ahli masing-masing walaupun harga yang ditawarkan RM3.70 sesaham adalah munasabah mengambil kira nilai saham bernas sebelum tawaran dibuat adalah sekitar RM3.00 sesaham.

Bagaimanapun, ahli-ahli NAFAS dalam Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) pada 21 Julai 2013, dan ahli NEKMAT dalam EGM pada 1 Ogos 2013 telah bersetuju menjual saham masing-masing dalam Bernas kepada pembuat tawaran bersama berkenaan.

Bagaimanapun, saham yang dipegang NAFAS dan NEKMAT yang mulanya adalah masing-masing 10 peratus ketika Bernas mula diswastakan pada 1996, telah menyusut kepada masing-masing 3.42 peratus akibat penyusunan semula selepas pengambilalihan saham Bernas oleh Tradewinds selesai dimuktamadkan pada Januari 2010.

Ismail juga menjelaskan kepada BNBBC, tuduhan Anwar kononnya eksesais korporat penyahneraian ini bertujuan menjadikan Bernas sebagai syarikat sendirian berhad milik mutlak Syed Mokhtar juga tidak benar kerana Bernas sebenarnya mahu disenaraikan semula.

Penyahneraian Bernas hanya bagi membolehkan pihak pengurusan membuat pembetulan sebelum menyenaraikannya semula di Bursa Malaysia dan eksewsais seperti itu bukan perkara baru dalam dunia perniagaan Malaysia.

Taikun Tan Sri Ananda Krisnan juga pernah melakukannya melalui Maxis dan biasanya syarikat-syarikat yang dinyahsenaraikan akan bertambah teguh selepas disenaraikan semula.

Penyahnaraian atau “delisting” Bernas ini dilaksanakan mengikut “listing requirements” yang digariskan oleh Bursa Malaysia dan “Malaysian Code on Takeovers and Mergers 2010” yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia.

Satu lagi fakta ialah sama ada Bernas dinyahsenarai dan disenaraikan semula, ia tidak akan memberi kesan ke atas semua mandat yang diamanahkan oleh kerajaan kepada Bernas berkaitan obligasi sosial dan kepentingan kepada rakyat, termasuk golongan petani/pesawah.

Ini kerana Bernas tetap terikat dengan perjanjian dengan kerajaan iaitu dalam soal:-

i) mematuhi kaedah dan prosedur keselamatan negara dengan menyelenggara dan menyimpan 292 ribu tan metrik stok beras.

ii) memastikan harga jualan beras import tidak kurang daripada beras tempatan.

iii) berfungsi sebagai Pembeli Padi terakhir bagi memastikan pasaran padi pesawah sentiasa terjamin.

Selain itu BERNAS juga masih tertakluk kepada pemantauan dan kawalan oleh kerajaan melalui Jawatankuasa pemantauan yang ditubuhkan.

Paling penting, kerajaan masih mempunyai kuasa veto bagi menjaga kepentingan negara dan rakyat melalui pegangan Saham Khas (Golden Share).-25/11/2013 -BNBBC.MY

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 December 2013 1:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: