Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Setiausaha Agung PPBM disoal siasat

14 NOV: Setiausaha Agung PPBM, Datuk Shahruddin Md Salleh dilaporkan memberi keterangan selama tiga jam di ibupejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) di Putrajaya.

Menurut ADUN Jorak itu, kehadirannya hari ini adalah susulan lapan bahagian di Johor membuat aduan kepada agensi itu selepas partinya didakwa melanggar perlembagaan parti.

“Segala soalan berkaitan soal perlembagaan dan saya jawab sejelas mungkin termasuk tindakan dan keputusan yang sudah kita ambil berdasarkan perlembagaan PPBM,” katanya hari ini.

Lapan bahagian berkenaan mendakwa pimpinan tertinggi parti gagal mengadakan mesyuarat peringkat cawangan, bahagian serta masih belum mengadakan mesyuarat agung tahunan selepas setahun ditubuhkan.

Pada masa sama, bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Pagoh itu (foto) turut menyatakan kesediaan untuk disoal siasat semula RoS sekiranya diperlukan.

Share This:




Berita Bertarikh pada 14 November 2017 6:33 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]